Perlu mahir menyelit |
Asalamualaikum,
Menunggang motosikal di Bandaraya Kuala Lumpur boleh dianggapkan sebagai satu cabaran besar dan memerlukan seorang penunggang motosikal berwatak cekal hati dan punyai konsentrasi yang sangat tajam kerana sentiasa perlu mengkaji situasi perjalanannya yang berubah-ubah. Saya juga sering bermotosikal bagi menjimatkan masa dan ini juga lebih praktikal bagi mengatasi masalah lalu lintas yang sentiasa sesak di jalanraya di Kuala Lumpur.
Lorong RM2 |
Motosikal bolehlah dianggap sebagai kenderaan yang mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan kecil dan 'kapcai' adalah pilihan ramai berbanding motosikal mewah. Walau apa pun motosikal memainkan peranan penting dan ramai yang bergantong kepada motosikal dalam usaha mencari nafkah hidup termasuk juga posmen kita.
Dalam menunggang motosikal saya dapati satu isu yang menjadi masalah utama. Masalah yang dimaksudkan ialah berhubung dengan memandu kereta yang tidak langsung peka dan bertimbang rasa terhadap penunggang motosikal. Bukan semuanya begitu tetapi ada yang bersikap sedemikian di jalanraya. Memang diakui ada antara penunggang motosikal juga yang tak beretika dan beradap dijalanraya tapi apa pula dengan mereka yang berhemah. Tambah pula bukan semua jalan di Kuala Lumpur khususnya mempunyai lorong bagi motosikal. Kerajaan patut memastikan semua jalan baik di dalam maupun luar bandar yang bakal dibina diperuntukan lorong motosikal demi menjamin keselamat pengguna motosikal.
Memang tidak dinafikan kenderaan empat roda membayar ribuan ringgit untuk cukai jalan, mungkin juga ada yang berpendapat maka mereka mempunyai hak menggunakan jalan raya sesuka hati dan tidak hiraukan si penunggang motosikal yang terpaksa guna laluan yang sempit kadang kurang dari nilai cukai RM2 yang dibayar oleh motosikal.
Lebih selamat guna lorong ini |
Pemandu kereta banyak yang tidak kisah atau pedulikan penunggang motosikal. Cuba kita perhatikan semasa berlaku kesesakan lalu lintas, atau apabila deretan kereta berhenti disebabkan sesakan lalu lintas atau di lampu merah, penunggang motosikal terpaksa pandai selit menyelit antara motokar, bas atau lori bagi sampai kehadapan. Dalam pergerakan ini adakala terlanggar cermin tepi kereta dan ini menimbulkan suasana yang tidak diingini antara penunggang motosikal dan pemandu kereta berkenaan. Pada hal ruang yang diberikan oleh pemandu kereta membawa risiko berlakunya perkara ini. Pemandu kereta langsung menentukan agar ruang yang diberikan dapat dilalui oleh motosikal dengan senang.
Pemandu kereta juga ada yang berhentikan kereta terlalu rapat dengan kenderaan sebelah maka ruang laluan motosikal menjadi sempit. Ada pula yang berhenti dimana cermin tepi kenderaan mereka sejajar dengan cermin tepi kereta sebelahan dan ini juga jadikan ruang laluan moto menjadi sukar, tidak mencukupi bagi motosikal melepasi tanpa pergeselan berlaku kepada cermin 'wing mirror' kereta.Pendek kata kepada pemandu kereta tolong pastikan, dimana yang wajar, kita memberikan ruang yang selesa bagi si motosikal ni. Sekurangnya bagilah ruang RM2 itu atau lebih sikit untuk penunggang motosikal bergerak dengan selesa.
Adakala ruang laluan yang diberikan bernilai macam RM0.50 sen sahaja.Ini terlalu sempit bos! Kereta juga perlu pastikan susunan jarak antara satu kereta dengan yang dihadapan berada dalam 'saf' yang lurus. Dalam hal ini bukan macam nak tunaikan solat kena rapat, ni tolong jangan terlalu rapat hinggakan tidak ada ruang untuk motosikal melaluinya.Saya cuma sekadar mengingatkan sahaja sebab saya pun naik moto juga .Mudah mudahan pemandu kenderaan beroda empat dapat berikan sekurang kurangnya ruang RM2 itu kepada penunggang motosikal. Boleh kan?
Dengan cara ini kedua-dua belah pihak akan rasa senang.Namun demikian kedua belah pihak juga perlu meningkatkan etika semasa dijalanraya dan patuhi arahan lalu lintas terutama pada pemandu kereta bila hendak menukar 'lane' pastikan tiada motosikal yang berlalu dalam kesesakan. Motosikal pun kena waspada bila dok selit selit tu!
Juga sebagai peringatan yang penting kepada kedua dua belah pihak, JANGAN sekali kali 'bersms' semasa bermotosikal atau memandu kereta demi untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan juga keselamatan pengguna jalanraya yang lain.
Saya yaikin kebanyakan kes langgar belakang melibatkan kenderaan yang berlaku dalam kesesakan adalah berpunca dari pemandu asyik 'bersms' semasa memandu. Penunggang motosikal juga asyik bersms danini boleh akibat masuk parit atau berada bawah kereta. jaga jaga brader, bahaya!
" BERHATI HATI DI JALAN RAYA KALAU TIDAK TAK DAPAT RAYA "
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN"
Saya yaikin kebanyakan kes langgar belakang melibatkan kenderaan yang berlaku dalam kesesakan adalah berpunca dari pemandu asyik 'bersms' semasa memandu. Penunggang motosikal juga asyik bersms danini boleh akibat masuk parit atau berada bawah kereta. jaga jaga brader, bahaya!
" BERHATI HATI DI JALAN RAYA KALAU TIDAK TAK DAPAT RAYA "
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN"