Monday, 7 November 2016

PUTAR PUTAR CARI MAKAN




 Pulau Pinang memang terkenal dengan makanan beraneka bukan setakat nasi kandar saja tetapi ada lain makanan  'caca marba' yang  juga perlu dicuba.


Bagi sarapan pagi di warong 'Roti Bakar' Lorong Hutton tersedia roti benggali bakar. Perniagaan usaha keluarga ini  dimulakan pada tahun 1957 oleh Mamu Jabar. Warong ini merupakan salah satu tempat sarapan pagi yang bertugas disekitar kawasan warong ini.Ramai yang mungkin tidak  sedar wujudnya warong Roti Bakar kerana kedudukan tersorok dilorong antara bangunan.


Disampinag roti bakar dengan telor rebus  setengah  masak sebagai 'signature breakfast' warong ini juga menyediakan roti canai dan Nasi Dalcha dengan lauk daging atau ayam yang menyelerakan. Roti benggali bakar dicicah  lauk ikan merupakan sarapan istimewa di sini. 

Potret Mamu Jabar
Kedudukan warong Roti Bakar Lorong Hutton Penang

   









Pada ketika ini urusan perniagaan 'Roti Bakar' ini dikendalikan oleh Mohd Ansari anak Mamu Jabar yang masih kekal bertapak ditempat asal mereka. Warong ini sangat terkenal dikalangan orang 'tanjung'. Jadi bIla di 'tanjung' jangan lupa mencuba ' Roti Bakar ' di Lorong Huton. 

Mohd Ansari 


   


TAUKUA DAN CUCUR RENDANG

Tuakua Rendang

Lintas saja dari simpang Lorong Hutton dan terus masuk lorong di celah gerai menjual pakaian dan cendrahati di  'jual murah', anda akan bertemu dengan  warong yang menghidangkan 'taukua rendang' satu makan ringan yang sesuai pada bila bila masa dan bagi mereka yang menjaga badan.

                                                                                                                            Dahulunya di Lorong bazar 'jual murah'  Pulau Pinang ini terdapat beberapa  kedai kedai nasi kandar menghidangkan lauk yang  memang 'classic' belaka. Namun apakan daya peredaran zaman telah menyebabkan 'scenario' ini bertukar agak muram sekadar tinggal kenangan manis sahaja bagi mereka yang seangkatan dengan saya.
Taukua Rendang dengan Kopi O

Bagi memilih minuman petang memang tidak menjadi masalah di Pulau Pinang kerana terdapat beberapa pilihan.Di Kuala Lumpur agak sukar mendapat taukua rendang atau popiah basah,  laksa mau pun mee mamak.Banyak  penjaja menjual pisang goreng,keropok lekor dan kueh muih.

Mee Mamak Statik



Mee Mamak Beroda di Masjid Bayan.Baru

    Di Pulau Pinang   rata rata  boleh dapat mee yang  memang lazat. Lain pula di Kuala Lumpur agar sukar juga mendapatkan rasa sedemikian.Mee mamak  di Padang Brom', di kedai kopi berhampiran  bulatan Air Itam  ke Bukit Bendera, Mee Pitchay di astaka Sg Nibong dan mee Bangkok Lane, Pulau Tikus  semuanya mempunyai keenakan tersendiri.


POPIAH
Mamak Suleiman
Popiah basah  payah ditemui di Kuala Lumpur. Pergilah ke Lorong Kulit pada hari Sabtu dan Ahad dan cubalah Popiah Ali lokasinya dihadapan pejabat TNB. Pada masa lampau  popiah Allahyarham Mamak Suleiman di Jalan Johor dipinggir Padang 'Brom' (Brown) memang  sangat sedap dan terkenal. Popiah Mamak Suleiman ini menarik ramai pelanggan dan  mamak kelihatan  saperti menari semasa sedang menyediakan pesanan pelanggan yang beratur namun, selepas pemergian 'Mamak Popiah' perniagaan ini diteruskan sementara oleh anak perempuan Allahyarham. Sedihnya usaha ini tidak berterusan dan riwayat popiah Mamak Suleiman pun sekadar tinggal kenangan sahaja bagi pelanggan yang mengetahui.


Popiah Mat
'Tak pa' kata orang Penang.Walau apa pun kita boleh juga nikmati popiah 'member' saya Mat yang  tidak kurang hebatnya.  Popiah Mat terletak  di tepi medan selera stadium di Jalan Perak.


BUAH BERANGAN
Buah Berangan China

Buah yang diimpot dari China boleh di dapati dari penjaja berhampiran Pasar Chowrasta. Dulu ramai yang menjaja buah berangan ini. Dikhuatiri penjaja penjaja  ini juga  akan pupus dan mungkin digantikan dengan kaedah bercorak moden.







LAKSA PENANG

Laksa Buyong satu satunya makanan yang lazat . Laksa ini boleh dinikmati di astaka selera Stadium di Jalan Perak.Sekiranya kita ke pantai Batu Feringghi boleh nikmati laksa di tepi jalan di Pantai Maimi sebelahan banglo 'Boon Siew'.Kuah laksa ini memang  'kow' dengan otak udang.

PULUT UDANG PANGGANG
 
Pulut Udang

Pulut udang panggang satu lagi menu yang sesuai dengan minuman petang.Boleh di dapati di Jalan Makloom dan ada beberap tempat lagi termasuk di Teluk Bahang sekiranya anda berada dikawasan ini. Saya gemar pulut udang yang garing sikit.





NASI KANDAR FAISAL PASAR BAYAN BARU
 

Medan Selera Pasar Bayan Baru

Di Pasar Bayan Baru pada waktu pagi  anda bolehlah cuba nasi kandar,roti canai atau murtabak di Restoran Faisal.


Penjual nasi kandar  di Pulau Pinang satu ketika dulu. Inilah dia Nasi Kandar sebenarnya. Kebanyakan mereka ini  menyediakan nasi kandar yang lazat dan tak banyak pun lauk.


APOM MANIS 


 Apom ini sesuai bagi sarapan pagi maupun minum petang. Ini pun sukar juga nak cari ini di Kuala Lumpur. Apom manis ini kita boleh buat pilihan samada perlu apom telur atau yang biasa. Apom boleh didapati di pasar Bayan Baru sebelah dengan restoran Faisal atau di flat taman Sardon Gelugor atau di simpang masuk ke pasar Jelutong.Ada kala dijual tepi di Jalan Batu Lancang.
.
Dapur membakar apom







MEE UDANG

Kedai Mee Udang di Lebuh Dickson


Nak cuba 'Hokkien Mee' pergi ke Bee Hwa Cafe.Terletak di Lebuh Dickens dihadapan pintu masuk ke Ibupejabat Polis Pulau Pinang kedai ini telah lama menghidangkan mee udang yang kuahnya sangat lazat dan memuaskan berbeza dengan mee udang biasa.
                   

        




                                       
MAKANAN DULU YANG KINI  HANYA
TINGGAL KENANGAN SAHAJA

Bagi orang 'tanjung,' dulu,ada makanan-makanan lazat  yang ketika ini sekadar tinggal kenangan sahaja.Makanan saperti:-


Lokasi Nasi Kandar Arif di kedai tengah
Jalan Dato Kramat
Nasi Kandar Ariff Dato Kramat

Nasi Kandar Ariff memang terkenal,  dulu  berlokasi di kedai kopi rakan saya disimpang Jalan Dato Kramat/Jalan Perak menghidangkan nasi kandar yang istimewa. Tidak saperti nasi kandar sekarang yang menyediakan berbagai lauk pauk.Nasi Kandar Ariff Dato Kramat ini  hanya menyediakan lauk ikan, daging, sotong, udang, telor rebus, bendi serta sambal 'nyiok' sahaja. Bila  kesemua kuah-kuah ini dicampur memang sedap sekali dan lebih lazat lagi bila disimpan sehingga nasi kembang.Lani agar sukar juga nak nikmati sambal 'nyiok'. Tertanya juga entah ke mana perginya si Ariff ini?

TEH/KOPI DALAM 'KOLE' TIN SUSU

Mamak ! Bagi the tarik satu!
Pergilah ke kedai kopi mamak tepi jalan dan pesananlah teh atau kopi tarik untuk ' take away' ketika dulu. Sudah pasti kita  akan diberikan minuman  di isikan dalam tin susu tidak saperti sekarang dibekalkan dalam plastik ikat tepi. Perlu awas bila nak minum takut berdarah bibir.




Roti Benggali Klasik

Roti benggali merupakan satunya makanan yang sentiasa ada kebanyakan rumah.Bolehlah dibakar dan  dengan sekaya atau mentega termasuk juga dengan susu pekat. Kami suka membeli kuah ikan sahaja dari kedai nasi kandar yang   juga akan   bekalkan kuah ikan itu dalam tin susu. Seronok betul kongsi makan roti benggali  dengan kuah ikan atau kuah sate kongsi dengan kawan kawan.



Kenderaan Jual Roti


Kadang kala ternampak juga van Ismailia Bakery yang bergerak menjual roti benggali tetapi kedudukan statik van ini susah tetapkan. Dulu mamak roti pakai kayoh saja dengan bunyi loceng di ketuk.











AIS SIRAP TINGKAP
Ais Tingkap ketika ini

Sekiranya anda berkunjung ke ' tanjung ' pergilah intai dan cubalah ais 'sirap tingkap'. Ingatan saya masih jelas dibawa bapa saya ke kedai tingkap ini semasa saya kecil dulu.  Penjaja berkenaan berada ditingkap kecil  sahaja tapi keadaan telah berubah. Perniagaan ini sekarang diurus oleh generasi baru.Minuman ais sirap yang ini dicampur biji selasih dan macam macam lagi  sangat menyegarkan terutama pada hari yang panas. Warong ini terletak di kepala Tamil Street disimpang pasar Chowrasta.


Pada tahun 60an terdapat juga minuman sirap dengan kikisan  kelapa muda dijual ditepi jalan.Minuman yang sangat popular ini boleh didapati dengan harga 5 sen sahaja dan yang 'bestnya'  boleh ditambah pula, jadi boleh  kongsi dengan kawan.Dulu bukan senang nak dapat duit pun. Lima duit pun dililit di kocek seluar dengan getah bayangkan, takut hilang katakan.

DADIH SUSU MANIS

Kelibat mamak menjual dadih susu yang 'ori' juga telah ghaib.Di Pulau Pinang  dulu kita dapat lihat mamak kandar  bakul berisi dadih dalam tin susu untuk jualan. Sukar mendapat dadih ori pada masa sekarang.Dadih yang dijual sekarang menyerupai agar agar. Dadih dulu kala juga disediakan dalam tin susu kandungan setengah tin dan satu tin bukan dalam mangkok plastik saperti sekarang.
MURTABAK CRAVEN A
Craven A
Murtabak kelas tahun enam puluhan di 'Craven A' dan di Ghani Briani Restoran yang terletak di tangga jejantas di simpang Jalan Penang /Burmah sangat lazat sekali. Kedua dua restoran ini telah tiada lagi.Restoran Hameediah  di Lebuh Campbell juga menyediakan murtabak yang sedap dulu tetapi sekarang ini lain pula rasanya berbanding yang lampau.Hairan juga kenapa resepi dan tradesi menghasil murtabak yang baik tidak di kekalkan.Murtabak di warong simpang pasar Jelutong pada petang hari  dan juga di Restoran Faisal,Bayan Baru bolehlah makan ada rasa.


 GULA PAHAT

Penjaja  menjual 'Gula Pahat'  dalam talam ini akan selalu melalui di kawasan  kami menjaja gula batu   saperti coklat putih tetapi keras.Gula ini akan dipahat berketul ketul untuk dimakan. Zaman dulu tak kisah pun pasal kencing manis main balun saja.
KAWASAN DATO KRAMAT


Tempat saya dilahirkan
Kawasan Dato' Kramat ini tersedia banyak kemudahan.

Bagi sarapan pagi atau petang boleh menikmati berbagai juadah saperti tosei, idly, nasi kandar, apom manis. putu mayam, kueh mueh,pisang goreng,  roti canai, roti benggali bakar dengan kaya. Makanan tak termasuk yang dijual untuk kaum China senang didapati. Hospital, balai polis, masjid, tokong dan kuil dan lebih menarik Stadium Bandaraya berdekatan termasuk gerai makan padang Brom yang menyediakan berbagai jenis makanan  juga berhampiran tempat tinggal kami.

Suasan Berubah Memori Tetap Kekal Dalam Ingatan
















" APAKAN DAYA MASA TAK AKAN KEMBALI, HANCUR MUSNAHLAH SEMUANYA..................."

Tan Sri P Ramlee
                                                                         
'THOSE WERE THE DAYS MY FRIEND WE THOUGHT THEY NEVER END ....'
 Mary Hopkins


"YESTERDAY WHEN I WAS YOUNG THE TASTE OF LIFE WAS SWEET AS RAIN UPON MY TONGUE......."
Charles Aznavour

 

                                 


Sunday, 1 February 2015

MH 370 -WHERE ARE YOU?


Just how fast time flies and soon we will be commemorating the anniversary of the loss of our MH 370.  This tragic catastrophe has in fact given rise to various speculations and theories and created much confusion as to what was the truth behind this tragedy?. Finally the Malaysian Government made a  official declaration announcing that Malaysian Airlines Flight MH 370 an accident and that all 239 passengers and the crew were dead' paving a way for the next of kin to file compensation claims. A mixed reactions from those affected.Some chose to accept  the government's announcement while some remain adamant and will probably  accept such a declaration when the wreckage was found. Unfortunately this still seems to be a long way ahead as till this stage in time those involved in the SAR operations do not have any positive indication as to the whereabouts of MH 370 that simply vanished from the clear blue skies.

Search And Rescue (SAR) operations launched is likened to a search for a 'needle in the hay stack'. We   knew  exactly the kind of needle  we are looking (MH370)  for however, the pertinent question is which 'hay stack' are we going to put our concentration on? Is the 'hay stack' the South China Sea, the Southern or Northern Corridor? This is absolutely hard to establish due to the lack of precise information regarding the final flight path of MH 370. By the way how, did the US military base in Diego Garcia, believed to possess the best air surveillance system, throw any light on this? Did they come up with anything useful other than providing logistic support for the SAR? So the frustrating search goes on and on.

Diego Garcia near the southern corridor
If all passengers on and crew on board were dead, then where are their bodies? An interesting point here is the reported sighting of an unidentified aircraft intruding into our air space.Surprisingly no one bothered to check this out and this failure has contributed to this situation we now face. Probably those working in "Area 51" in the United States can comment on this UFO thing. All these can make one's imagination run wild. So extra terrestrial beings do exist after all don't they?. The failure of those manning our air space surveillance system  had now incurred us million of dollars allotted for the SAR on MH 370.This leads us to question the purpose of having our Sukhoi fighters and other aircrafts?

Just a recollection, sometime in October 2014 a Singapore aircraft from Sibu to Seletar was intercepted by Indonesian Sukhoi fighter jets and subsequently instructed to land in Pontianak,West Kalimantan as the Singapore aircraft was flying over the country without flight approval.This is an indication as to how serious the Indonesians are with their responsibilities  protecting their air space while we, on the other hand, chose to do otherwise.Someone is responsible here and what action was taken - nothing probably.

Those responsible with our air defence systems need to be more sensitive and accountable to preserve our sovereignty and security.This failure to check out the 'UFO' had thrown us into this vague premonition of disaster as MH 370 'may probably have been hijacked by aliens from another planet'. Those on duty that fatal day had caused this unnecessary calamity and also drained millions in public funds  needed for the search for that 'needle in the hay stack'.

What has happened cannot be undone so let us continue to pray to  Almighty GOD and may the truth prevail.Oh God save this nation the anguish and the bereavement suffered by the next of kin. May those who lost their loved ones be bestowed the strength to face this extreme pain and anguish.

Finally it is very important for those in authority to be transparent and seriously look at the  shortcomings and failures. More important is to ensure that our sovereignity,safety and national security are never at any stage compromised.


  

Thursday, 27 March 2014

MH 370- YET ANOTHER MYSTERY.

Saturday 8 Mar 2014 is etched as a tragic morning for Malaysia and also our aviation history. Earlier  media reports quoted that MH 370 had made an emergency landing in Nanking and this came as a relief to us.However, moments later the situation changed and this transformed into a nightmare for the nation when told about the  disappearance of MH 370.This was  "May Day' for the nation as we were not the only people shocked by this tragedy but the whole world too was stunned.

No one knows exactly what went wrong with many speculations.Whatever the situation the flickers of hope in finding survivors was finally extinguished when the Prime Minister announced on 24 Mar 2014 that "MH 370 ended it's flight in the Indian ocean'. Nevertheless the nation will continue to pray that search parties can locate MH 370 and with this discovery comes the next mammoth phase, the recovery and salvage operations. More questions rather than answers popped up each day connected with MH 370. Similar predicaments were experienced on the evening of 4 Dec 1997 when MH 653 too went off the radar en route from Bayan Lepas to Singapore only to be discovered having crashed into a swampy  area at Tanjung Kupang in Johor. 

Reminiscing MH 653, that evening 4 Dec 1997,I was the Duty Officer at Penang Police HQ Operations Room and  the tv series "Combat"  was on air when  suddenly a phone call came  with the shocking news  about the disappearance of flight MH 653 from the radar over Tg Kupang, Johor. With the confirmation on this unfortunate information made,I immediately  pushed the 'action button' rounding up all those involved in handling flight MH 653 that fatal evening to assemble at the Bayan Lepas old airport. Simultaneously  those who should be made aware of the incident were  duly informed. Passenger security checks at that time  were solely handled by MAS security personnel.Investigations were carried out and similarly MH 653 too, had exposed serious security loopholes  which in the course of time remedial steps were taken to tightened security.Unfortunately tight is not tight enough as apparent with what had happened. More stringent measures will surely be implemented which in turn will no doubt make air travel more cumbersome. The Tanjung Kupang incident eventually led to the establishment of the  Auxiliary Police the authority now handling passengers security checks at all airports.


MH 653, although concluded as a case of hijacking, had certainly remained a mystery till this very day. What else can it be when it happened not long after the Japanese Red Army hostage situation in Kuala Lumpur.In addition there were a handful of Japanese passengers on board. Also  listed on the passengers manifest of MH 653 were the  Minister of Agriculture, Ali Hj Ahmad, his body guard, Mario Garcia, the Cuban Ambassador and his wife. Personally, I  lost two friends on this ill fated flight. The Flight Data Recorder though recovered  it did nothing much to clear the air of uncertainty as important segments of the recordings were said to be 'inaudible' due to the 'extensive damage' on this gadget. So what else to say.Who did what on MH 653 no one know? Only the Almighty knows what went wrong on the MAS flight en route to Singapore on 4 Dec 1977.


Will it be the same with MH 370 ?  Personally, I hope not and let's pray for the best and God help us to eliminate all doubts surrounding this drama as the credibility of not only our airline is at stake but the nation on the whole.As in the case of MH 653 this sad incident too had, no doubt,  also exposed weaknesses in the handling  of this crisis despite   previous experiences we have had. Experiences handling the explosion at Bright Sparklers, the Penang Ferry Terminal  and the Highland Towers collapse  should have hardened our capabilities and professionalism in  crisis management. What is more  important now is ensure that plans are  laid out meticulously to assemble a team of credible, capable and good investigators to investigate incident and  establish the cause.

Whatever happened to the  National Security Council   MKN 20 is not known as this  code clearly stipulated the line of actions in handling a mass disaster.Confusions and contradictions marred the initially handling of MH 370. Who held overall command and control of the situation was apparently unclear. Probably the MKN 20  needed to be re examined and further enhanced especially ,in a case like this with  multinational  involvement.At the same time it is equally important to focus on matter of jurisdiction.Whether  an international code on a tragedy such as this is necessary to ensure a well coordinated operations amongst the nations affected?

Are our aviation systems on land, in space and those in our aircraft up to expectations. Are our available asset, military or civilian, credible enough to handle the situation?How embarrassing can it be when told that our submarines were   not suited for this type of operations. Can we be self reliance or have we to  be dependent on others? Equally surprising to know why were the trans responders in a state of the art aircraft like Boeing 777 unable to function at a time when we needed them most? Is there a probability that  someone deliberately shutdown the system in the ill fated plane that disabled all other controls in the plane causing the pilot to have difficulties maneuvering the aircraft resulting in MH 370 ending it's journey in the Indian ocean when fuel supply was depleted. Are we technically at par with other advance countries in the field of civil aviation or we rather be complacent with mediocre equipments which obviously places safety at risks. 

Let us back track a little on the flight to Beijing by MH 370 on the night of 8 Mar 2014.When the Malaysian Air Traffic controller lost contact with MH 370 at a position when the plane was near the Vietnam border how many times were attempts made to reestablish contact with the plane? We were told that 'MH 370 turned back to KLIA', as quoted by the Chief of Armed Forces and this was clearly an indication that something is not right about the flight.How many attempts were made to communicate with MH 370 when the plane turned back? What was to be done when no responses were received from  MH 370 after that several attempts? There surely must be a SOP that   warrant our jets to be scrambled to check  this or any UFO?   If this was done probably it would have been a different scenario entirely for MH 370.Now, this seems more like a case of 'after all is said and done  more is  said than done'. Probably it didn't cross the minds of those air controllers about the existence of a squadron of Shukoi jets stationed in Terengganu. In a circumstance like this does it not justify that our jets go check the situation out? Something is amiss and someone is sleeping on his job and an inquiry is necessary. After all what have we to lose if we sent up our jets  can as an exercise on quick response  for the pilots anyway. I hope this again is not a case of  our  Shukoi jets  are not suited  for night flying or for this type of sortie as reported by the Minister of Transport revealing that our submarines were not sent to the SAR area as they were unsuitable for such duties.Aren't we supposed to have something better?

Are SOP put in place rigidly adhered to. The government is seen doing it's best but one thing for sure, more has to be done on aviation safety and security as the people need to be given the best  the government can offer.

Whatever the situation my sympathies still goes to those who have lost relatives or friends on board.While the situation remains ambiguous, I humbly  salute the crew members who had a role to play on the flight and in particular the flight commander and his deputy.Let us not jump into conclusions. As rightly said - 'Innocent until proven guilty'.The commander and his deputy together with the crew would have tried their very best for the passengers. For those heartless people out there  how would they feel if one of the passenger were to be their loved one?I pray that that probably some survivors are found and what will the situation be when the truth unfold. This is an act of the Almighty and HE and only HE alone knows what we human do not. I pray for those who perished and may the Almighty forgive them and bless their souls.  Also I pray that  the families of those who perished do accept this as a fate by God and to pull themselves together as life has to go on.Bless them all!


Sunday, 28 July 2013

Adil Fitri di Afrika


Begitu pantas masa berlalu dan Ramadhan Al Mubarak telah pun tiba dan akan pergi.Ketibaan bulan suci ini sudah pastii akan membawa seribu  kenangan  kepada kita semua.Apa pun keadaan pertama sekali kita  perlu bersyukur kepada Allah swt kerana telah diberikan sempatan sekali lagi untuk menunaikan ibadah puasa un ini  dan akan berhari raya nanti.Suasana Hari Raya sudah pun mula dirasai disegenap pelusuk negara.Suasana hari raya yang hanya timbul setahun sekali sudah pun boleh kita alami.



Bagi saya, setiap kali tibanya bulan yang mulia ini dan menjelang Idil Fitri saya sering teringat dan mengimbas kembali Hari-hari Raya yang pernah saya lalui diperantauan.Terkenang pada tahun 1999 ketika itu tidak langsung  terlintas  ketika itu  bahawa saya akan menjalankan ibadah berpuasa dan berhari raya di Freetown, Republik Sierra Leone. Pengalaman berada jauh dari kaum keluarga dan sabahat handai banyak memberikan keinsafan kepada  saya dan pada masa yang sama juga  timbul  perasaan memahami dan simpati kepada mereka-mereka yang merantau ke negara kita.

Sierra Leone  merupakan negara bekas jajahan British dan pernah mengharumi perang saudara yang sangat dahsyat.Negara ini dikurnia Allah swt dengan hasil bumi merupakan batu intan yang berkualiti tinggi dan ini menjadi peyumbang kepada peperangan saudara yang berlaku. Bahasa Inggeris ditutur oleh kebanyakan rakyat Sierra Leone dan ini tidak menimbulkan masalah bagi saya berinteraksi  dengan masyrakat tempatan. Republik ini terletak di bahagian barat Afrika dan sebilangan besar penduduknya beragama Islam yang terdiri dari berbagai suku kaum. Sejurus menjejak kaki di bumi ini otak saya   sudah mula merancang kehidupan harian  yang bakal saya hadapi di sebuah negara yang jauh berbeza adat resam dan budaya dengan tanah air sendiri. Lebih menyulitkan  lagi dengan perintah berkurung yang berkuatkuasa dari jam 2000-0600 setiap hari. Namun, bagi diri saya semua ini bukan menjadi satu masalah besar sebaliknya apa yang dihadapi menjadi satu nilai  tambahan kepada 'survival skill' saya dan menjadi pengalaman yang  berharga.

Saya menjadi tetamu dan tinggal di sebuah rumah banglo di Juba Hill, satu kawasan elit, di Freetown bersama-sama dengan Mr Keith Biddle, Ketua Polis Negara (KPN) Sierra Leone dan isterinya Susan. Beliau merupakan seorang mantan pegawai kanan polis Britain dari Manchester.Beliau telah dilantik  secara kontrak oleh kerajaan Sierra Leone untuk memimpin Pasukan Polis republik itu yang menghadapi bermacam masalah. Rumah tiga tingkat ini terletak di lereng  bukit  dan berhadapan dengan pemandangan panorama yang sungguh menarik.Pantai Lumley dan lautan Atlantic jelas terpapar saperti satu lukisan besar tanpa dilindungi oleh apa-apa pun.Ini mengingatkan saya kepada keadaan saperti di kawasan Tanjung Bungah atau Batu Ferringhi di Pulau Pinang. Rumah ini lengkap dengan kolam renang tapi malangnya  kemudahan ini telah rosak semasa serangan oleh pemberontak-pemberontak Revolutionary United Front (RUF) yang menentang pemerintah semasa. Bekalan letrik juga dicatu dan rumah  bergantong kepada 'generator' waktu letrik dicatu pada malam hari. Maklumlah rumah ini yang menjadi kediami rasmi KPN Sierra Leone sudah pasti dikawal ketat oleh 'Special Service Division' (SSD)  satu pasukan elit polis Republik Sierra Leone. yang dapat disamakan dengan Pasukan Gerak Khas Polis DiRaja Malaysia. Turut berkongsi rumah KPN ini ialah  empat lagi mantan pegawai polis Britain dari Manchester yang membuat hidup seharian saya tidaklah membosankan kerana dapat berinteraksi dengan mereka-mereka ini.


Menikmati "cassava leaves" bersama anggota SSD
Bila  tibanya   Ramadhan semua pegawai-pegawai British  ini  telah berlepas  pulang  untuk  bercuti  Xmas dan hujung tahun di England. Apa lagi  jadi boslah saya dibanglo ini dengan dikawal oleh anggota SSD bersenjata lengkap. Untuk bersahur saya akan mendapatkan segala keperluan  dapur sebelum perintah berkurung dipasar raya yang kebanyakan diusahakan oleh rakyat  keturunan  Lubnan.Bagi mendapatkan ikan segar pula saya hanya perlu ke Pantai Lumley berdekatan kediaman dimana terdapat nelayan-nelayan tempatan menjual hasil tangkapan harian mereka kepada pelanggan di persisiran pantai ini.

Mahu atau tidak keadaan yang wujud telah  memaksa saya menjadi 'chef'  menyiapkan makanan ringkas untuk keperluan  berbuka puasa saya dan pada waktu malam pula sediakan makan  sahur sebelum tidur. Makanan lebih juga tidak membazir sebab segala yang lebih akan saya hulurkan kepada pengawal-pengawal di kediaman saya. Ada kala saya berbuka bersama eskot saya yang menyediakan makanan "cassava leave" masakan kegemaran mereka terdiri dari ramuan utama daun ubi kayu dengan rempah ratus tersendiri.  Terasa kesal pula tidak mengambil resepi ini balik ke tanah air. Memang sedap  juga makanan ini apa lagi bila  berkongsi makan dari  satu  besen.Tidak terdapat siaran televisyen apa pun hanya radio sahaja yang merupakan media utama bagi rakyat dan banyak dipenuhi oleh pesanan-pesanan dari orang ramai termasuk laporan kematian. Ini merupaka satu khidmat sosial oleh stesyen radio kepada penduduk Freetown. Satu pandangan biasa di sini ialah banyak dari penduduk akan mempunyai radio yang di tanggong atas bahu atau diletakan di telinga. Perkara ini menimbulkan kehairanan saya. Pengawal saya memberitahu bahawa mereka berbuat demikian untuk mendapat berita jika berlaku serangan pemberontak. Radiolah yang akan menyebarkan berita ini dan mereka yang mula meyelamatkan diri. 


Menunggu isyarat berbuka puasa juga satu masalah dan  terpaksa mengikuti siaran radio  dan juga berpandukan  isyarat  dari dua anggota pengawal saya yang bergama Islam.Walaupun terdapat masjid-masjid berdekatan namun disebabkan masalah dan catuan kuasa letrik di Sierra Leone maka pembesar suara di kebanyakan masjid menjadi bisu.Niat untuk ke terawih juga tidak  kesampaian  disebabkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh tentera bersekutu Afrika. Setiap kali berbuka terkenang juga keluarga dan sahabat handai yang sudah pasti berdepan berbagai-bagai juadah lazat dan makanan kegemaran masing-masing.


Sembahyang Raya di stadium Nasional Sierra Leone
 

Menjelang pagi Hari Raya,pemandu saya, Sub Inspektor Amadu (gambar di atas) berpakaian 'kaftan'   tradisi Afrika yang kemas telah datang  menjemput saya untuk menunaikan solat Hari Raya yang di adakan di stadium nasional Sierra Leone, satu projek sumbangan   kerajaan Republik Rakyat China kepada rakyat negara ini. Kami  membawa bersama tikar dan ceret air untuk tujuan wuduk. Setiba saya di Freetown saya mula mengambil  wuduk dengan  air  menggunakan tin "Milo" sahaja. Ini merupakan pengalaman pertama bagi diri saya setiap kali menunaikan sembahyang waktu yang diadakan di tempat letak kereta dibawah Ibu Pejabat Polis Sierra Leone, di George Street,Freetown. Seharusnya kita di Malaysa menghargai air dan berjimat dengan  nikmat ini yang diberikan oleh Allah swt. Saya sekadar mengikut Sub Inspektor Amadu dan mengambil tempat di dalam padang bolasepak dan bertakbir raya. Namun gema takbir tidak sehebat di Malaysia sebab di sini  tidak ada 'chorus' yang menyahut takbir. Bersolat di stadium juga merupakan pengalaman pertama bagi saya. Askar kerajaan ditempatkan disekeliling stadium sepanjang upacara solat dijalankan bagi menjamin keselamatan jemaah kerana ancaman keganasan oleh pemberontak. Ramai yang datang bersama keluarga untuk tunaikan solat. Mereka kenakan pakaian yang cantik berwarna warni.Pakaian putih yang mereka pakai memang betul-betul putih melepak walaupun air menjadi satu masalah di sini.Tambah lagi kualiti air di Freetown amat hebat rasanya.Air  diselenggarakan oleh syarikat 'Guma Water Works' dan rasa persis saperti rasa air yang dinikmati rakyat Pulau Pinang pada tahun 50an dan 60an dulu yang begitu bagus sekali.

Solat Hari Raya merupakan acara yang meriah dan apa yang mengkagumkan ialah  penghormatan khusus yang diberikan kepada Imam yang  memimpin sembahyang raya.Keadaan ini tidak pernah berlaku atau dilihat di mana-mana tempat di Malaysia tetapi telah menjadi tradisi di sini setiap tahun. Imam dan rombongan akan di arak dengan payung besar seakan perarakan penggantin di Malaysia masuk ke dalam stadium.Menurut Sub Inspektor Amadu,rata-rata Imam-imam di kampong juga diarak dari kediaman mereka ke masjid. Ini saya padang adalah satu penghormatan besar yang diberikan dan amat dihormati nampaknya menjadi Imam di sini.Apakah patut kita mulakan tradisi begini terutama di kampong-kampong dan di desa?

Masjid utama Freetown (Syiah)
Selesai solat  masyarakat Islam di sini juga bersalaman antara mereka dengan cara  Afrika yang unik. Bagi saya selesai sahaja solat  saya tidak ada tempat yang hendak dituju selain ke kediaman saya. Tidak ada 'open house' bagi saya tujui. Dirumah saya siapkan makanan paling ringkas - nasi goreng serta kopi "O" dan berayalah seorang diri dengan bersiar dipersekitaran kediaman saya sambil menikmati suasana hari raya.Tak dengar pun lagu raya. Saya juga faham disebabkan masalah ekonomi yang di hadapi mereka maka ini mungkin menyebabkan Sub Inspektor Amadu merasa serba salah untuk mejemput saya ke rumah beliau. Pernah saya diajak makan tengah hari di rumah  oleh Kpl Charlie seorang lagi pemandu saya dan betapa sedihnya hati melihat kediaman beliau di Kingtom Police Barrack, Freetown yang serba kekurangan jika berbanding dengan seorang Koperal berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia. Ini juga menibulkan perasaan insaf dan bersyukur kepada apa yang dinikmati sebagai seorang anggota Polis DiRaja Malaysia.
 

Sembahyang Jumaat di tempat letak keret di
Ibu Pejabat Polis Sierra Leone
Betapa sempitnya hidup yang dihadapi oleh rakyat tempatan  disebabkan perang saudara dan pengalaman ini juga sentiasa   menimbulkan keinsafan diri dan sentiasa  bersyukur  kepada Allah swt kerana menjadi seorang rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana aman damai dan makmur.  Sebaliknya anggota Polis  Sierra Leone yang bergaji  rendah dan memang jauh dari mencukupi.Taraf penghidupan polis di sana juah  ketinggalan di bandingkan dengan Malaysia. Tandas di perumahan mereka juga masih menggunakan sistem tong dan membuat saya teringat pengalaman saya masa kanak-kanak dulu tinggal dirumah kedai kami di Jalan Dato Kramat, Pulau Pinang yang menggunakan sistem tong juga.

Kesunyian  menjadi masalah utama bagi saya disebabkan perintah berkurung dan adakala saya berceloteh dengan pengawal-pengawal saya dan perbualan hanya menimbulkan perasaan belas kasihan diatas cerita  kesengsaraan yang dihadapi mereka sewaktu perang. Mereka masing-masing mempunyai daya 'survival' yang tinggi.

Barrack Polis Di Freetown


Mangsa keganasan Revolutionary United Front (RUF)
Freetown tanpa tangan dan telinga

Kemudahan 'internet' juga begitu sukar dan terhad di Freetown.Tidak banyak  'internet cafe'  yang wujud dan hanya beroperasi pada  siang hari sahaja. Tempat ini  seakan klinik kerana  pelanggan-pelanggan perlu menunggu giliran untuk komputer digunakan. Jumlah          komputer juga sangat terhad.. Saya bernasib baik kerana  ada  komputer riba yang ditinggalkan kepada saya  maka dapatlah saya  berinteraksi dengan keluarga dan rakan yang amat menyeronokan. Mujurlah ada  teknologi ini dimana kita berada ini dapat mengubati rindu dihati seorang perantau. Apa lagi bila dapat sedikit sebanyak melalui media ini merasai  suasana raya  bila terdengar lagu raya melalui siaran stesen radio satelit dari Singapura sebab ketika itu tidak ada stesen satelit Malaysia yang beroperasi.Betapa pilunya hati bila mendengar lagu raya termasyur "Dendang Perantau' didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Bagi mereka yang tidak menghargai keamanan dan kemakmuran  dan tidak juga bersyukur kepada apa yang diberikan oleh Allah swt, saya sarankan mereka agar pergilah melawat ke negara yang berperang dan bukan ke negara yang maju dan lihat sendiri keadaan yang dihadapi rakyat jelata.Apakah yang masih dihendaki? Kita sepatutnya saling faham antara satu dengan yang lain,bantu satu dengan yang lain, bertolak ansur dan sama-sama pastikan negara kita makmur dan maju hidup dalam suasana aman damai di bumi Allah swt yang di tumpang buat sementara ini.

Maka setiap kali munculnya 1 Syawal kenangan saya sudah pasti akan  melayang mengenangkan nasib rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang berada di negara lain.Hanya doa sahajalah yang dapat dipanjatkan agar Allah swt melindungi mereka dan memperbaiki hidup mereka terutama kepada semua   umat Islam diseluruh dunia. Ya Allah Kau lindungilah mereka, kuatkan iman mereka, murahkan rezeki mereka dan Kau satukan mereka demi untuk bertaqwa kepada Kau Ya Allah.......,,,Amin1
SELAMAT HARI RAYA



MAAF ZAHIR BATIN




Friday, 21 June 2013

Tolong Kami! Bantu Kami!



Tolong kami! Bantu Kami!
Malaysia  merupakan satu negara makmur pada keseluruhannya dan kerana kurnia Allah swt inilah kita rakyat Malaysia perlu sentiasa berdoa agar  Allah swt hindari kita dari kancah peperangan yang ganas maupun bencana alam yang teruk. Rata-rata rakyat negara ini  hidup selesa, sejahtera dan aman damai.

Namun demikian, satu keadaan yang merunsingkan, kita masih dapat melihat  kumpulan atau individu yang ke hulu dan ke hilir cuba mendapatkan bantuan derma untuk usaha kebajikan kononya bagi sesuatu persatuan atau badan kendalian mereka. 
Perkara yang menimbulkan ketidak selesaan kepada kebanyakan kita adalah  kehadiran kumpulan-kumpulan atau individu yang  mengutip derma ini di bank-bank, kompleks dan ada kala ditempat awam.Individu atau kumpulan secara strategik akan  berada dihadapan pintu masuk ke bank dengan tabung untuk mendapatkan sumbangan daripada pelanggan bank dan orang ramai yang berlaluan.

Antara mereka ini   ialah wanita dan ada kala melibatkan kanak-kanak. Senario sebegini berlaku diseluruh negara dan keseluruhannya melibatkan orang Melayu.Persoalan yang ingin diutarakan ialah siapa yang memantau perkara saperti ini? Apakah permit ada dikeluarkan dibawah undang pungutan derma dari rumah ke rumah ( House to house and Street collection Act 1947) oleh pihak Polis.Saya percaya ini tak  berlaku kerana banyak persatuan atau badan-badan yang terlibat  kedudukan mereka mungkin tidak sah? Bab  kutipan derma saperti ini semua di perjelaskan  dalam undang-undang tersebut diatas, tapi sedihnya undang-undang hanya tinggal undang-undang. Tanpa kawalan yang ketat perkara macam ini boleh di salah gunakan oleh pihak-pihak tertentu dan menimbulkan suasana yang mencurigakan dikalangan umum.

 Selalunya  orang awam diletakkan dalam satu keadaan yang serba salah, memberi terasa salah kalau-kalau ini satu sindiket penipuan menggunakan anak yatim atau agama Islam sebagai alasan.Mungkin juga boleh berlaku penyelewengan tentang dana yang diperolehi.Tidak menghulurkan derma pula boleh dianggap kedekut dan sebagainya. Jadi?

Kita lihat pengutip derma juga kebanyakan dari golongan remaja baik lelaki maupun perempuan yang sudah tentu ini boleh mengundang berbagai masalah  termasuk gangguan-gangguan lain.Siapa yang patut bertanggong jawab? Dalam situasi sebegini, pada hemat saya, adalah wajar setiap badan atau pertubuhan yang  perlu mengutip derma dan sumbangan saperti ini hendaklah merupakan  pertubuhan atau badan yang sah dari segi undang-undang dan  profesional. Setiap pertubuhan atau badan  perlu ada jawatankuasanya dan seharusnya pertubuhan atau badan macam ini hendaklah berdaftar dengan pejabat agama di daerah masing-masing untuk mendapatkan pengiktirafan. Dengan cara ini semua pertubuhan dan badan amal Islam dapat dipantau.Kalau mereka perlu wang  maka  bantuan boleh di pohon dari kutipan zakat mengikut ketetapan tentang pembahgian zakat menurut hukum syarak.

Bagi tujuan ini logik sekali  untuk  badan atau pertubuhan amal berkenaan  nengemukakan minit mesyuarat persatuan, kedudukan kewangan semasa mereka berkenaan  aktiviti yang dijalankan atau dirancang sepanjang tahun serta perbelanjaan yang  terlibat. Maka sekiranya badan yang berdaftar dengan pejabat agama ini kekurangan dana bagi perlaksanaan rancangan mereka maka saya fikir wajar mereka mendapat perhatian dari wang zakat dan tak perlulah mendedahkan  pengutip derma dengan berbagai risiko yang negatif. Kearah ini sudah tentu pihak Jabatan Agama berkenaan juga perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum bantuan diberikan bagi memastikan pertubuhan atau badan berkenaan memang benar dan bergiat dalam aktiviti kebajikan sepanjang tahun dan jumlah kekurangan yang dipohon adalah menasabah bagi menampong biayaan persatuan atau badan berkenaan.Bantuan ini  hanya kepada pertubuhan atau badan kebajikan Islam  dan yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja .Bagi yang lain adalah menjadi tanggongjawab kerajaan melalui Jabatan Kebajikan dan sebagainya.

Disebaliknya bagi pertubuhan atau badan kebajikan Islam yang tidak berdaftar samada dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pejabat Agama maka tidak wajar mereka ini memohon bantuan sehingga mereka bertindak dengan ikhlas dan jujur.Kadang terdapat lebih dari satu pertubuhan atau badan dalam daerah yang dekat maka adalah lebih baik dan berkesan sekiranya bergabung tenaga kearah satu matlamat yang sama.

Saya percayai zakat yang kutip setiap tahun oleh setiap negeri mampu untuk mengendalikan masalah yang timbul ini namun nampaknya macam tidak ada langsung usaha dibuat sehingga berlakulah masalah kutipan liar ini. Pepatah Inggeris berbunyi "charity begins at home" atau  kebajikan bermula dari rumah sendiri, maka bagi badan-badan Islam lain melibatkan bukan warga negara maka ini merupakan masalah berlainan.
 
Mungkin semua institiusi anak yatim atau orang miskin yang wujud dalam negara ini sedia terdaftar tetapi apakah pertubuhan dan badan begini mendapat perhatian  Jabatan Agama negeri masing-masing. Semua pertubuhan dan badan amal disetiap negeri dan daerah serta mukim perlu daftar pertubuhan kebajikan mereka sekiranya mereka ingin dapatkan apa bantuan kewangan menampong kekurangan dana yang dihadapi bagi melaksanakan aktiviti sepanjang tahun mereka. Badan-badan ini juga mesti diterajui oleh mereka yang amanah dan bukan yang oleh mereka yang hendak mencari popularity dan untong menggunakan pertubuhan untuk kepentingan diri sendiri.

Mahu tak mahu semua badan dan pertubuhan Islam harus bertindak dengan profesional agar dihormati oleh orang lain dan dapat meningkatkan wibawa persatuan atau badan berkenaan. Pengurusan yang cekap dengan kendalian kewangan yang bijak adalah asas penting. Sekiranya benar-benar perlu bantuan kerana kekurangan sahaja maka wang dari zakat boleh dipohon selepas semua syarat diperolehi untuk menampong kekurangan yang dihadapi masing-masing.
 
Sebelum perkara yang tidak diingini berlaku maka masalah ini perlu di pantau dan peraturan yang ketat dikenakan supaya  dapat hindar dari persatuan atau badan yang 'haram' daripada wujud dan menjalankan aktiviti kutipan yang mana langkah ini memang memalukan masyarakat Islam khasnya dan Melayu amnya. Mungkin ada pendapat lain yang dapat menangani masalah ini. Saya sekadar menyumbang pendapat bagi mengelak pandangan serong umum terhadap agama kita.