Sunday, 21 February 2021

MASJID ALIMSAH WALLEY

 

KENALI MASJID ANDA  (2)


Masjid baru Alimsah
Walley
         Masjid ini merupakan satu lagi masjid lama  yang terletak di kota Georgetown, Pulau  Pinang.Masjid ini berlokasi di Lebuh Chulia dan catitan rekod yang wujud telah di buka oleh seorang alim berketurunan India Muslm bernama Hj Abdul Kadir Alimsah dari Persatuan Muslim Daerah Tanjore,Selatan India. Beliau telah berhijrah dari selatan India ke Malaya dan telah menetap di sebuah pondok di Lebuh Chulia, melaksanakan tugas sebagai Iman masjid disamping mengajar Al Quran kepada kanak kanak di kawasan berhampiran  kediamannya.

     Pada tahun 1811 sebahgian dari masyarakat Muslim di Pulau Pinang dibawah pimpinan Hj Abdul Kadir Alimsah dengan bantuan dana dari penyumbang Islam di kawasan Lebuh Chulia, telah mendirikan sebuah masjid atas tanahi Lot 279 di Lebuh Chulia.  Pada 5 July 1842, Hj Kadir telah wakafkan tanah Lot 279 ini kepada Sahid Lebby, Muckdoom Sah dan Kadir Meah untuk kekal sebagai tempat beribadah yang tidak boleh dilupuskan.

    Pada 3 Ogos 1853, surat pentadbiran tanah pusaka Haji Abdul Kadir telah diamanahkan kepada anaknya, Haji Mohamed Sahid Effend yang pada tahun 1867 Hj Mohamed Sahid Effendi telah membina sebuah bangunan menggantikan masjid kayu binaan bapanya.Dua tahun kemudian dia membina semula masjid dengan dana hasil pungutan dari masyarakat Islam tempatan

   Ketika Haji Sahid Effendi  berada di tanah suci (1881-3), sebahgian  tanah masjid ini telah menjadi tanah paya akibat kerja kerja pembinaan di kawasan berhampiran di Lebuh Campbell, yang menghalang aliran paritan.Pihak berkuasa tempatan di Georgetown  telah kenakan tindakan keatas  Hj Sahid Effendi. Usaha untuk dapatkan bantuan kewangan dari pihak berkuasa tempatan telah di tolak sebaliknya, Hj Effendi  di arah mengambil tindakan penambakan tanah paya itu dengan kewangan masjid.

   Antara tahun 1904-5, disebabkan keadaan yang sangat mengecewakan  wujud di masjid ini, tiada jemaah yang bersolat di masjid atas faktor kerbersihan yang terlalu kotor berpunca beberapa bilek yang telah dibina oleh Hj Effendi bagi tujuan di sewakan.Antara penyewa  adalah perempuan perempuan (Koringgi) yang tidak berakhlak . Aktiviti aktiviti tidak di ingini dilaporkan berlaku setiap malam.Dilaporkan juga anjing peliharaan perempuan Koringgi ceroboh masuk ke dalam masjid.

      Pada Disember 1941 sebahgian dari bangunan masjid ini telah musnah akibat serangan bom tentera Jepun.Sebuah surau kayu  sementara telah didirikan di atas tapak masjid dan kegiatan keagamaan diteruskan di surau sementara ini antara tahun 1941 dan 1952. Pada tahun 1952, sejumlah $15,000 berjaya dikumpul dan  masjid baru dibina pada 14 Januari 1952.Bantuan berjumlah  $7,000 merupakan sumbangan diterima dari 'Mohamedan and Hindu Endowments Board' manakala $8,000 dari sumbangan masyarakat Islam di Pulau Pinang. 

    Sejak dari zaman Hj Abdul Kadir lagi, kawasan ini telah dikenali  sebagai 'kampong Wali Alimsah'.Masjid baru ini dibina bersebeoahan 56 unit rumah pangsa pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2007. Hj Abdul Kadir Alimsah meninggal dunia pada tahun 1852 dan disemadikan ditanah perkuburan bersebelahan masjid. Semoga Masjid Alimsah Waley dapat kembangkan syiar Islam di kawasan berhampiran khususnya dan Pulau Pinang amnya.




No comments: