Friday, 1 June 2012

MACAM MANA JADI BEGINI?

 Kebanyakan kita sudah tentu pernah melihat situasi saperti ini terutama bagi mereka yang menunggang motosikal. Kita dapat perhatikan terdapat motosikal yang terdampar ditepi jalan termasuk juga lorong motosikal yang terbiar disitu buat beberapa ketika sehingga pada akhirnya apa yang tinggal hanya lah rangka sahaja? Tapi rangka ini pun akhirnya lesap dan sudah pasti bukan diambil oleh pihak yang berwajib tetapi oleh 'saudagar-saudagar' besi yang lazimnya akan sapu semua bentuk besi yang ditemui.

Mungkin juga ada terlintas soalan di kepala kenapa motosikal dibiarkan begitu sahaja? Apakah mungkin kenderaan semacam ini telah digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang?  Apakah mungkin  tuan punya motosikal seorang yang kaya dan tidak lagi perlu dan tidak pedulikan hartanya dan biarkan disitu saja sebab dia boleh beli motosikal lain? Mungkin juga motosikal sebegini ditinggalkan oleh sipenjenayah setelah selesai operasi yang dijalankan.

Apa dah jadi?
Dalam situasi sebegini maka timbul pula persoalan apakah pihak polis tidak berminat dalam hal-hal sedemikian untuk mengambil tahu? Sekurang-kurang dengan terjumpa motosikal macam ini, yang sekiranya dilaporkan dicuri maka  kes ini boleh dianggap selesai walaupun tidak ada tangkapan yang dapat dibuat. Disebaliknya dengan usaha dan siasatan teliti mungkin penangkapan bakal menyusul. Tapi sayang nampaknya perkara ini tidak mempunyai keutamaan.


Besi buruk
Sekurangnya besi buruk sebegini keadaan boleh diambil milik oleh pihak polis dan apabila usaha mengesan tuan punya motosikal gagal untuk datang uruskan hartanya maka selepas masa yang peruntukabn oleh undang-undang maka pihak Polis berhak melupuskan besi buruk ini bawah harta yang tidak dituntut dibawah Akta Polis.Cara ini sudah tentu dapat tambah kewangan tabung polis.

Tertanya juga, apakah mereka yang menjalankan rondaan jenayah bermotosikal dan berkereta tidak terlihat bangkai motosikal ini terdampar? Atau mungkin mereka tidak tahu tindakan yang perlu diambil. Pasukan rondaan jenayah sepatutnya tumpu pada perkara sebegini sebagai asas untuk siasatan bagaimana motosikal boleh ditinggalkan begini sahaja?

Kehilangan motosikal menjadi duri dalam daging bagi pasukan polis.Kebanyakan motosikal yang dilaporkan hilang sering digunakan untuk perlaksaan jenayah dan akan ditinggal setelah selesai urusan mereka. Satu lagi masalah besar yang dihadapi oleh pasukan polis ialah tentang bentuk nombor pendaftaran yang perlu diberi perhatian serius dan tidak membiarkan nombor pendaftaran direka sesuka hati dan bermacam gaya.

 Pengeluaran nombor pendaftaran juga perlu dikawal dan ini ternyata satu cara berkesan mencegah jenayah. saya perkara ini telah berkali dibangkitkan tanpa ada tindkan serius diberikan. Ada yang menyuara bahawa ada pihak tertentu yang boleh membuat nombor tiruan. Ya, memang boleh, tapi perlu ingat dengan kerjasama orang ramai polis sudah pasti boleh mendapat maklumat tentang kegiatan ini. 
Dengan cara mengawal pengeluaran plat nombor sahaja yang akan menyulitkan pihak yang ingin melakukan jenayah membuat nombor plat palsu. Pihak berkuasa boleh menahan dan tangkap mereka yang menggunakan nombor plat selain dari bentuk nombor plat yang dikhususkan untuk motosikal, kereta lori dan bas. Pada masa ini bermacam gaya nombor plat yang digunakan termasuk potongan zink dan kotak. Sekiranya kerajaan serius untuk mencegah jenayah yang nampaknya membimbangkan terutama jenayah besar maka kita seharusnya timbulkan masalah kepada penjenayah untuk menjalankan niat jahat mereka dan  bukan susahkan polis.

Selagi perkara ini tidak diutamakan selagi itulah kita akan hadapi jenayah saperti rompakan, ragut dan lain-lain yang dilakukan memakai nombor plat palsu yang boleh dibuat dimana-mana tanpa kawalan yang berkesan.