Bila akan berakhir atau berkurangan? |
Ragut merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai duri di dalam daging bagi pasukan Polis DiRaja Malaysia. Tidak ada satu hari pun yang mungkin berlalu tanpa terlapor jenayah ini dalam negara kita. Berbagai operasi dijalankan namun ragut, selain dari jenayah lain, masih berleluasa dan juga menjadi igauan kepada kebanyakan kaum hawa. Apatah lagi menjelang Hari Raya ini perang terhadap jenayah ini akan bermula.Saperti tahun-tahun yang berlalu peperangan ini tidak langsung memberikan indikasi yang kemenangan memihak kepada yang berkuasa.
Oleh yang demikian kerajaan harus serius dalam usaha untuk membenteras gejala ini yang juga sedikat sebanyak telah mencemar nama negara dikalangan pelancong yang juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa ragut. Sudah berkali kali dikemukakan cadangan tetapi apakan daya cadangan hanya tinggal cadangan dan berbuih mulut saperti anjing gila membangkitkan hal ini.
Tidak dapat dinafikan salah satu langkah yang efektif menangani ragut, pada pendapat saya, ialah untuk pihak berkuasa mengawal pengeluaran plat nombor pendaftaran.Sekiranya ini menjadi satu masalah untuk diaplikasikan kepada semua kenderaan, ok, cuba kita mulakan dengan motosikal dahulu kerana peragut serta penjenayah lain sering menggunakan motosikal dalam operasi mereka. Bagi semua jenis motosikal kerajaan perlu seragamkan plat nombor mengikut peraturan undang-undang dan bentuk plat yang dikehendaki oleh kerajaan. Teringat saya semasa SUKOM pihak kerajaan ada mengeluarkan plat nombor khusus semasa itu.Ini patut diteruskan dengan mengwujudkan satu mekanisma berkesan.
Ini bukan mangsa yang pertama |
Kita juga tidak perlu bimbang dengan kemungkinan pengeluaran plat palsu.Kalau kegiatan memalsukan dilakukan oleh pihak yang tertentu perkara ini akan dapat diketahui juga dari maklumat orang awam yang sudah pasti akan bekerjasama demi membenteras ragut yang memberikan kesan kepada penghidupan mereka. Apa yang penting dalam hal ini adalah undang-undang Pengangkutan Jalanraya yang ada sekarang perlu diperkuatkan dan peruntukan dibuat bagi menghukum mereka yang membuat/mengeluarkan/mengedar nombor plat palsu.Sekiranya disabit kesalahan, dikenakan hukuman penjara dan/atau denda yang tinggi bagi setiap satu nombor plat palsu yang dirampas atau dikenakan hukuman kedua-duanya sekali.
Dengan cara ini sahaja akan dapat kita membendung jenayah curi ragut ini. Penguatkuasaan yang jitu perlu.Mana-mana motosikal yang dikesan oleh polis menggunakan plat nombor selain dari yang diwartakan atau menggunakan plat pendaftaran yang diperbuat dari kad,logam, 'zinc' atau plastik dan sebagainya mereka ini perlu ditahan untuk siasatan lanjut. Nombor plat ini perlu direka khusus dan hendaklah dilekatkan terus pada motosikal dan plat ini akan rosak apabila cuba ditanggalkan.
Peperangan yang lemah |
Seiring ini mereka juga tidak dapat membuat nombor palsu kerana pengeluaran nombor plat pendaftaran dikawal dan pengeluaran sebarang plat pendaftaran gantian perlu mengemukakan dokumen sokongan. Pada rakyat yang mematuhi undang-undang ini mungkin menimbulkan sedikit kesulitan namun kita perlu ingat keselamatan adalah lebih penting kerana melibatkan kaum keluarga kita yang boleh menjadi statistik ragut maupun samun.
Sekiranya nombor plat rasmi ini rosak pengantian boleh diberikan satelah membuat laporan rasmi polis dan membuat permohonan dengan mengemukan surat pendaftaran motosikal sebagai bukti menjadi pemilik.Plat nombor gantian akan dikeluarkan dengan bayaran tertentu.
Ini juga akan membuat dan galakkan semua pemilik motosikal lebih berhati-hati menjaga agar plat nombor motosikal mereka tidak rosak. Memang semua ini mungkin dianggap remeh temeh namun, saperti dikatan keselamatan awam atas lebih penting.
Sudah tiba masanya perkara ini perlu diberi pandangan serius apalagi banyak kejadian jenayah dilaporkan atau yang tidak dilaporkan melibatkan penjenayah menggunakan motosikal.Saya yakin memang ada teknoloji dipasaran yang boleh mengeluarkan nombor plat yang dikatakan sama saperti juga cukai jalan kenderaan mungkin lebih canggih lagi.
Sekiranya langkah ini yang diambil keatas motosikal berjaya mencapai matlamat yang diidamkan maka mungkin perkara ini juga dilaksanakan keatas kenderaan-kenderaan lain. Bukankah kebanyakan jenayah yang dilakukan juga menggunakan kenderaan boleh dikatakan sebilangan besar melibatkan pejenayah menggunakan plat nombor pendaftaran palsu.