Sunday, 21 April 2013

Operasi Anda Memang Hebat

Pada tahun 1998 kontraversi yang menyelubungi bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah mengakibatkan masyarakat Malaysia berpecah kepada tiga pihak yang berlainan pendirian ekoran pertuduhan liwat yang telah dikenakan keatas DSAI. Apa tidaknya dengan tercetus kontraversi inilah maka, telah timbul tiga puak yang berlainan penderian.Tidak kira samada di dalam kilang-kilang, syarikat-syarikat, masjid-masjid termasuk juga  di jabatan-jabatan kerajaan terdapat tiga pihak ini. Ada satu pihak yang menyokong kuat DSAI dan mereka ini berpendirian bahawa DSAI tidak lain adalah mangsa satu komplot besar oleh kerajaan Barisan Nasional yang kononnya berhasrat melingkupkan karier politik  DSAI.Satu pihak lagi  menyokong kerajaan dan berpendapat bahawa DSAI memang terlibat sebagai yang dituduh.Manakala satu lagi pihak ini adalah mereka yang dianggap "fence sitters" yang pilih untuk  memerhati ke arah mana angin kencang bertiup. Akibat semua ini maka tercatitlah di dalam sejarah politik negara kelahiran Pakatan Rakyat sebagai satu parti politik baru yang  menjadi pencabar kepada kerajaan masakini. Ekoran dari peristiwa 1998 itu juga telah muncul banyak kumpulan-kumpulan NGO yang tiba-tiba mendapat tempat dalam arena politik negara.

Sejak itu  iklim politik negara  telah berubah dan kita alami banyak demonstrasi jalanan dan bermacam hal-hal lagi. Jelas suasana yang wujud berbangkit dari rasa tidak puas hati atas peristiwa 'mata hitam' yang di alami DSAI semasa dalam tahanan Polis dulu. Tanpa diduga pula tiba-tiba terdedah satu 'operasi hitam' tak tahu samada dilancarkan oleh individu atau pun kumpulan orang yang hala tuju mereka semata-mata untuk menjatuhkan tokoh-tokoh politik negara yang 'miang' dan berkelakuan tidak bermoral. Hebat juga operasi ini,satu demi satu pendedahan dibuat terhadap tokoh politik  kita.Tokoh-tokoh yang dianggap  mempunyai perwatakan yang mulia telah memeranjatkan kita  dan  pendedahan ini menunjukan kelakuan tidak bermoral mereka yang  mempunyai kesan serius keatas negara, selain dari mencemar perwatakan baik yang dibawa mereka. Apakah  segala yang di hidangkan kepada masyarakat itu benar dan betul atau satu komplot?  Persoalan inilah yang menjadi tanda tanya setiap kali perkara sebagai ini didedahkan. Selain DSAI, Dr Chua Soi Lek, Azmin Ali dan terkini Mustapha Ali semua mereka ini seakan terperangkap oleh 'operasi hitam'  ala KGB/CIA yang begitu tepat dn baik  dilancarkan oleh pihak yang belum dikenal pasti.

Sayangnya individu atau kumpulan yang terbabit dengan 'operasi hitam' ini yang begitu rapi ini pada hakikatnya telah menyusahkan negara dengan tindakan  mereka itu. Apakah yang wajar dilakukan oleh yang bertanggong jawab demi agama, bangsa dan negara dalam hal saperti ini? Sebaik-baiknya adalah  tokoh-tokoh yang berkelakuan sumbang semua di 'tangkap basah' saja. Cara ini ia akan bermakna "game over" bagi mereka dan aktiviti yang tidak bermoral ahli politik berkenaan. Tambah lagi tindakan saperti ini akan meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Hebat juga individu atau kumpulan ini yang dapat melancarkan operasi ala "James Bond"  dengan begitu rapi sekali. Individu atau kumpulan ini  telah berjaya mendapat maklumat terperinci 'modus operandi' tentang operasi  sasaran-sasaran mereka. Semua maklumat saperti bila, di mana, siapa pasangan mereka, waktu operasi, cara operasi semua ini telah berjaya diperolehi bagi melancarkan tindakan dengan berjaya sekali.Mereka berjaya dimana  badan risikan rasmi negara kita gagal berbuat demikian. Kelemahan yang ketara oleh pihak tertetu telah menghabiskan banyak wang rakyat selain dari menimbulkan berbagai spekulasi yang tidak menemui titik noktah.

Sepatutnya, dalam keadaan begin,i setelah pastikan sasaran mereka telah pun masuk kedalam 'sangkar' mereka serta segala bukti lain yang diperlukan telah pun  diperolehi maka, adalah wajar untuk menghubungi pihak yang bertanggong jawab, dengan bantuan Polis  untuk tindakan  segera. Sebagai langkah memastikan penguatkuasaan dibuat dengan betul, maka bebarapa  ahli badan NGO yang berkecuali,  pihak media,seorang ahli kanan parti indivdu terlibat juga di sertakan dalam rombongan serbuan.Hai! bukankah sasaran mereka ini merupakan seorang  selebriti maka perlulah  melibatkan rombongan serbuan yang besar.  Rakyat perlu diberi jaminan bahawa ahli politik yang mereka pilih untuk memimpin kerajaan dan negara benar-benar indvidu yang berperwatakan yang baik dan akhlak mulia. Jiks mereka ini berminat berkelakuan yang tak bermoral sebagaimana yang telah didedahkan oleh klip-klip video yang tersebar luas di Internet, maka buat pilihan, samada terus berniat untuk menjadi ahli politik yang dihormati oleh semu atau pilih untuk menjadi 'Romeo' dan teruskan aktiviti yang terkutuk itu.

Lihat saja kemana tindakan individu atau kumpulan 'James bond' ini telah membawa negara kita sekarang. Apa punca utama yang membawa kita ke situasi sebegini kalau bukan dinyalakan oleh kontraversi yang berlaku pada tahun 1998 dan seterusnya. Kenapa pula semua ini boleh berlaku?  Sekiranya tindakan secara profesional dan yang sewajarnya telah diambil maka sudah tentu tidak akan wujud PKR, Hindraf dan lain-lain. Sekarang, 'nasi dah jadi bubur' dan masyarakat pada umumnya sedang menghadapi berbagai situasi dan kita harapkan kumpulan 'James Bond" kita ini pada episod akan datang usahakanlah supaya yang berkelakuan sumbang dan tidak bermoral di 'tangkap basah' saja bagi mengelak masyarakat memandang serong terhadap mana-mana pihak. Bagi rakyat jelata yang cintakan keamaman dan kesejahteraan, marilah kita berdoa kehadrat Ilahi agar sentiasa melindungi kita dan elakkan negara ini dari ditakbir oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral.Berikanlah kita seorang pemimpin yang dapat membawa negara menjadi sebuah negara yang bersatu padu, aman makmur dan diredhai Allah swt......Amin