Tolong kami! Bantu Kami! |
Malaysia merupakan satu negara makmur pada keseluruhannya dan kerana kurnia Allah swt inilah kita rakyat Malaysia perlu sentiasa berdoa agar Allah swt hindari kita dari kancah peperangan yang ganas maupun bencana alam yang teruk. Rata-rata rakyat negara ini hidup selesa, sejahtera dan aman damai.
Namun demikian, satu keadaan yang merunsingkan, kita masih dapat melihat kumpulan atau individu yang ke hulu dan ke hilir cuba mendapatkan bantuan derma untuk usaha kebajikan kononya bagi sesuatu persatuan atau badan kendalian mereka.

Perkara yang menimbulkan ketidak selesaan kepada kebanyakan kita adalah kehadiran kumpulan-kumpulan atau individu yang mengutip derma ini di bank-bank, kompleks dan ada kala ditempat awam.Individu atau kumpulan secara strategik akan berada dihadapan pintu masuk ke bank dengan tabung untuk mendapatkan sumbangan daripada pelanggan bank dan orang ramai yang berlaluan.
Antara mereka ini ialah wanita dan ada kala melibatkan kanak-kanak. Senario sebegini berlaku diseluruh negara dan keseluruhannya melibatkan orang Melayu.Persoalan yang ingin diutarakan ialah siapa yang memantau perkara saperti ini? Apakah permit ada dikeluarkan dibawah undang pungutan derma dari rumah ke rumah ( House to house and Street collection Act 1947) oleh pihak Polis.Saya percaya ini tak berlaku kerana banyak persatuan atau badan-badan yang terlibat kedudukan mereka mungkin tidak sah? Bab kutipan derma saperti ini semua di perjelaskan dalam undang-undang tersebut diatas, tapi sedihnya undang-undang hanya tinggal undang-undang. Tanpa kawalan yang ketat perkara macam ini boleh di salah gunakan oleh pihak-pihak tertentu dan menimbulkan suasana yang mencurigakan dikalangan umum.
Selalunya orang awam diletakkan dalam satu keadaan yang serba salah, memberi terasa salah kalau-kalau ini satu sindiket penipuan menggunakan anak yatim atau agama Islam sebagai alasan.Mungkin juga boleh berlaku penyelewengan tentang dana yang diperolehi.Tidak menghulurkan derma pula boleh dianggap kedekut dan sebagainya. Jadi?
Kita lihat pengutip derma juga kebanyakan dari golongan remaja baik lelaki maupun perempuan yang sudah tentu ini boleh mengundang berbagai masalah termasuk gangguan-gangguan lain.Siapa yang patut bertanggong jawab? Dalam situasi sebegini, pada hemat saya, adalah wajar setiap badan atau pertubuhan yang perlu mengutip derma dan sumbangan saperti ini hendaklah merupakan pertubuhan atau badan yang sah dari segi undang-undang dan profesional. Setiap pertubuhan atau badan perlu ada jawatankuasanya dan seharusnya pertubuhan atau badan macam ini hendaklah berdaftar dengan pejabat agama di daerah masing-masing untuk mendapatkan pengiktirafan. Dengan cara ini semua pertubuhan dan badan amal Islam dapat dipantau.Kalau mereka perlu wang maka bantuan boleh di pohon dari kutipan zakat mengikut ketetapan tentang pembahgian zakat menurut hukum syarak.
Bagi tujuan ini logik sekali untuk badan atau pertubuhan amal berkenaan nengemukakan minit mesyuarat persatuan, kedudukan kewangan semasa mereka berkenaan aktiviti yang dijalankan atau dirancang sepanjang tahun serta perbelanjaan yang terlibat. Maka sekiranya badan yang berdaftar dengan pejabat agama ini kekurangan dana bagi perlaksanaan rancangan mereka maka saya fikir wajar mereka mendapat perhatian dari wang zakat dan tak perlulah mendedahkan pengutip derma dengan berbagai risiko yang negatif. Kearah ini sudah tentu pihak Jabatan Agama berkenaan juga perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum bantuan diberikan bagi memastikan pertubuhan atau badan berkenaan memang benar dan bergiat dalam aktiviti kebajikan sepanjang tahun dan jumlah kekurangan yang dipohon adalah menasabah bagi menampong biayaan persatuan atau badan berkenaan.Bantuan ini hanya kepada pertubuhan atau badan kebajikan Islam dan yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja .Bagi yang lain adalah menjadi tanggongjawab kerajaan melalui Jabatan Kebajikan dan sebagainya.
Disebaliknya bagi pertubuhan atau badan kebajikan Islam yang tidak berdaftar samada dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pejabat Agama maka tidak wajar mereka ini memohon bantuan sehingga mereka bertindak dengan ikhlas dan jujur.Kadang terdapat lebih dari satu pertubuhan atau badan dalam daerah yang dekat maka adalah lebih baik dan berkesan sekiranya bergabung tenaga kearah satu matlamat yang sama.
Saya percayai zakat yang kutip setiap tahun oleh setiap negeri mampu untuk mengendalikan masalah yang timbul ini namun nampaknya macam tidak ada langsung usaha dibuat sehingga berlakulah masalah kutipan liar ini. Pepatah Inggeris berbunyi "charity begins at home" atau kebajikan bermula dari rumah sendiri, maka bagi badan-badan Islam lain melibatkan bukan warga negara maka ini merupakan masalah berlainan.

Mungkin semua institiusi anak yatim atau orang miskin yang wujud dalam negara ini sedia terdaftar tetapi apakah pertubuhan dan badan begini mendapat perhatian Jabatan Agama negeri masing-masing. Semua pertubuhan dan badan amal disetiap negeri dan daerah serta mukim perlu daftar pertubuhan kebajikan mereka sekiranya mereka ingin dapatkan apa bantuan kewangan menampong kekurangan dana yang dihadapi bagi melaksanakan aktiviti sepanjang tahun mereka. Badan-badan ini juga mesti diterajui oleh mereka yang amanah dan bukan yang oleh mereka yang hendak mencari popularity dan untong menggunakan pertubuhan untuk kepentingan diri sendiri.
Mahu tak mahu semua badan dan pertubuhan Islam harus bertindak dengan profesional agar dihormati oleh orang lain dan dapat meningkatkan wibawa persatuan atau badan berkenaan. Pengurusan yang cekap dengan kendalian kewangan yang bijak adalah asas penting. Sekiranya benar-benar perlu bantuan kerana kekurangan sahaja maka wang dari zakat boleh dipohon selepas semua syarat diperolehi untuk menampong kekurangan yang dihadapi masing-masing.

Sebelum perkara yang tidak diingini berlaku maka masalah ini perlu di pantau dan peraturan yang ketat dikenakan supaya dapat hindar dari persatuan atau badan yang 'haram' daripada wujud dan menjalankan aktiviti kutipan yang mana langkah ini memang memalukan masyarakat Islam khasnya dan Melayu amnya. Mungkin ada pendapat lain yang dapat menangani masalah ini. Saya sekadar menyumbang pendapat bagi mengelak pandangan serong umum terhadap agama kita.