Pulau Pinang memang terkenal dengan makanan beraneka bukan setakat nasi kandar saja tetapi ada lain makanan 'caca marba' yang juga perlu dicuba.
Bagi sarapan pagi di warong 'Roti Bakar' Lorong Hutton tersedia roti benggali bakar. Perniagaan usaha keluarga ini dimulakan pada tahun 1957 oleh Mamu Jabar. Warong ini merupakan salah satu tempat sarapan pagi yang bertugas disekitar kawasan warong ini.Ramai yang mungkin tidak sedar wujudnya warong Roti Bakar kerana kedudukan tersorok dilorong antara bangunan.
Disampinag roti bakar dengan telor rebus setengah masak sebagai 'signature breakfast' warong ini juga menyediakan roti canai dan Nasi Dalcha dengan lauk daging atau ayam yang menyelerakan. Roti benggali bakar dicicah lauk ikan merupakan sarapan istimewa di sini.
Potret Mamu Jabar |
Kedudukan warong Roti Bakar Lorong Hutton Penang |
Pada ketika ini urusan perniagaan 'Roti Bakar' ini dikendalikan oleh Mohd Ansari anak Mamu Jabar yang masih kekal bertapak ditempat asal mereka. Warong ini sangat terkenal dikalangan orang 'tanjung'. Jadi bIla di 'tanjung' jangan lupa mencuba ' Roti Bakar ' di Lorong Huton.
Mohd Ansari |
TAUKUA DAN CUCUR RENDANG
Tuakua Rendang |
Lintas saja dari simpang Lorong Hutton dan terus masuk lorong di celah gerai menjual pakaian dan cendrahati di 'jual murah', anda akan bertemu dengan warong yang menghidangkan 'taukua rendang' satu makan ringan yang sesuai pada bila bila masa dan bagi mereka yang menjaga badan.
Dahulunya di Lorong bazar 'jual murah' Pulau Pinang ini terdapat beberapa kedai kedai nasi kandar menghidangkan lauk yang memang 'classic' belaka. Namun apakan daya peredaran zaman telah menyebabkan 'scenario' ini bertukar agak muram sekadar tinggal kenangan manis sahaja bagi mereka yang seangkatan dengan saya.
Bagi memilih minuman petang memang tidak menjadi masalah di Pulau Pinang kerana terdapat beberapa pilihan.Di Kuala Lumpur agak sukar mendapat taukua rendang atau popiah basah, laksa mau pun mee mamak.Banyak penjaja menjual pisang goreng,keropok lekor dan kueh muih.
Mee Mamak Statik |
Di Pulau Pinang rata rata boleh dapat mee yang memang lazat. Lain pula di Kuala Lumpur agar sukar juga mendapatkan rasa sedemikian.Mee mamak di Padang Brom', di kedai kopi berhampiran bulatan Air Itam ke Bukit Bendera, Mee Pitchay di astaka Sg Nibong dan mee Bangkok Lane, Pulau Tikus semuanya mempunyai keenakan tersendiri.
POPIAH
Popiah basah payah ditemui di Kuala Lumpur. Pergilah ke Lorong Kulit pada hari Sabtu dan Ahad dan cubalah Popiah Ali lokasinya dihadapan pejabat TNB. Pada masa lampau popiah Allahyarham Mamak Suleiman di Jalan Johor dipinggir Padang 'Brom' (Brown) memang sangat sedap dan terkenal. Popiah Mamak Suleiman ini menarik ramai pelanggan dan mamak kelihatan saperti menari semasa sedang menyediakan pesanan pelanggan yang beratur namun, selepas pemergian 'Mamak Popiah' perniagaan ini diteruskan sementara oleh anak perempuan Allahyarham. Sedihnya usaha ini tidak berterusan dan riwayat popiah Mamak Suleiman pun sekadar tinggal kenangan sahaja bagi pelanggan yang mengetahui.
'Tak pa' kata orang Penang.Walau apa pun kita boleh juga nikmati popiah 'member' saya Mat yang tidak kurang hebatnya. Popiah Mat terletak di tepi medan selera stadium di Jalan Perak.
BUAH BERANGAN
Buah Berangan China |
Buah yang diimpot dari China boleh di dapati dari penjaja berhampiran Pasar Chowrasta. Dulu ramai yang menjaja buah berangan ini. Dikhuatiri penjaja penjaja ini juga akan pupus dan mungkin digantikan dengan kaedah bercorak moden.
LAKSA PENANG
Laksa Buyong satu satunya makanan yang lazat . Laksa ini boleh dinikmati di astaka selera Stadium di Jalan Perak.Sekiranya kita ke pantai Batu Feringghi boleh nikmati laksa di tepi jalan di Pantai Maimi sebelahan banglo 'Boon Siew'.Kuah laksa ini memang 'kow' dengan otak udang.
PULUT UDANG PANGGANG
Pulut udang panggang satu lagi menu yang sesuai dengan minuman petang.Boleh di dapati di Jalan Makloom dan ada beberap tempat lagi termasuk di Teluk Bahang sekiranya anda berada dikawasan ini. Saya gemar pulut udang yang garing sikit.
NASI KANDAR FAISAL PASAR BAYAN BARU
Di Pasar Bayan Baru pada waktu pagi anda bolehlah cuba nasi kandar,roti canai atau murtabak di Restoran Faisal.
Penjual nasi kandar di Pulau Pinang satu ketika dulu. Inilah dia Nasi Kandar sebenarnya. Kebanyakan mereka ini menyediakan nasi kandar yang lazat dan tak banyak pun lauk.
APOM MANIS
Apom ini sesuai bagi sarapan pagi maupun minum petang. Ini pun sukar juga nak cari ini di Kuala Lumpur. Apom manis ini kita boleh buat pilihan samada perlu apom telur atau yang biasa. Apom boleh didapati di pasar Bayan Baru sebelah dengan restoran Faisal atau di flat taman Sardon Gelugor atau di simpang masuk ke pasar Jelutong.Ada kala dijual tepi di Jalan Batu Lancang.
.
Dapur membakar apom |
MEE UDANG
Kedai Mee Udang di Lebuh Dickson |
Nak cuba 'Hokkien Mee' pergi ke Bee Hwa Cafe.Terletak di Lebuh Dickens dihadapan pintu masuk ke Ibupejabat Polis Pulau Pinang kedai ini telah lama menghidangkan mee udang yang kuahnya sangat lazat dan memuaskan berbeza dengan mee udang biasa.
MAKANAN DULU YANG KINI HANYA
TINGGAL KENANGAN SAHAJA
Bagi orang 'tanjung,' dulu,ada makanan-makanan lazat yang ketika ini sekadar tinggal kenangan sahaja.Makanan saperti:-
Nasi Kandar Ariff Dato Kramat
Nasi Kandar Ariff memang terkenal, dulu berlokasi di kedai kopi rakan saya disimpang Jalan Dato Kramat/Jalan Perak menghidangkan nasi kandar yang istimewa. Tidak saperti nasi kandar sekarang yang menyediakan berbagai lauk pauk.Nasi Kandar Ariff Dato Kramat ini hanya menyediakan lauk ikan, daging, sotong, udang, telor rebus, bendi serta sambal 'nyiok' sahaja. Bila kesemua kuah-kuah ini dicampur memang sedap sekali dan lebih lazat lagi bila disimpan sehingga nasi kembang.Lani agar sukar juga nak nikmati sambal 'nyiok'. Tertanya juga entah ke mana perginya si Ariff ini?
TEH/KOPI DALAM 'KOLE' TIN SUSU
Pergilah ke kedai kopi mamak tepi jalan dan pesananlah teh atau kopi tarik untuk ' take away' ketika dulu. Sudah pasti kita akan diberikan minuman di isikan dalam tin susu tidak saperti sekarang dibekalkan dalam plastik ikat tepi. Perlu awas bila nak minum takut berdarah bibir.
Roti benggali merupakan satunya makanan yang sentiasa ada kebanyakan rumah.Bolehlah dibakar dan dengan sekaya atau mentega termasuk juga dengan susu pekat. Kami suka membeli kuah ikan sahaja dari kedai nasi kandar yang juga akan bekalkan kuah ikan itu dalam tin susu. Seronok betul kongsi makan roti benggali dengan kuah ikan atau kuah sate kongsi dengan kawan kawan.
Kenderaan Jual Roti |
Kadang kala ternampak juga van Ismailia Bakery yang bergerak menjual roti benggali tetapi kedudukan statik van ini susah tetapkan. Dulu mamak roti pakai kayoh saja dengan bunyi loceng di ketuk.
AIS SIRAP TINGKAP
Sekiranya anda berkunjung ke ' tanjung ' pergilah intai dan cubalah ais 'sirap tingkap'. Ingatan saya masih jelas dibawa bapa saya ke kedai tingkap ini semasa saya kecil dulu. Penjaja berkenaan berada ditingkap kecil sahaja tapi keadaan telah berubah. Perniagaan ini sekarang diurus oleh generasi baru.Minuman ais sirap yang ini dicampur biji selasih dan macam macam lagi sangat menyegarkan terutama pada hari yang panas. Warong ini terletak di kepala Tamil Street disimpang pasar Chowrasta.
Pada tahun 60an terdapat juga minuman sirap dengan kikisan kelapa muda dijual ditepi jalan.Minuman yang sangat popular ini boleh didapati dengan harga 5 sen sahaja dan yang 'bestnya' boleh ditambah pula, jadi boleh kongsi dengan kawan.Dulu bukan senang nak dapat duit pun. Lima duit pun dililit di kocek seluar dengan getah bayangkan, takut hilang katakan.
DADIH SUSU MANIS
Kelibat mamak menjual dadih susu yang 'ori' juga telah ghaib.Di Pulau Pinang dulu kita dapat lihat mamak kandar bakul berisi dadih dalam tin susu untuk jualan. Sukar mendapat dadih ori pada masa sekarang.Dadih yang dijual sekarang menyerupai agar agar. Dadih dulu kala juga disediakan dalam tin susu kandungan setengah tin dan satu tin bukan dalam mangkok plastik saperti sekarang.
MURTABAK CRAVEN A
Craven A |
Murtabak kelas tahun enam puluhan di 'Craven A' dan di Ghani Briani Restoran yang terletak di tangga jejantas di simpang Jalan Penang /Burmah sangat lazat sekali. Kedua dua restoran ini telah tiada lagi.Restoran Hameediah di Lebuh Campbell juga menyediakan murtabak yang sedap dulu tetapi sekarang ini lain pula rasanya berbanding yang lampau.Hairan juga kenapa resepi dan tradesi menghasil murtabak yang baik tidak di kekalkan.Murtabak di warong simpang pasar Jelutong pada petang hari dan juga di Restoran Faisal,Bayan Baru bolehlah makan ada rasa.
GULA PAHAT
Penjaja menjual 'Gula Pahat' dalam talam ini akan selalu melalui di kawasan kami menjaja gula batu saperti coklat putih tetapi keras.Gula ini akan dipahat berketul ketul untuk dimakan. Zaman dulu tak kisah pun pasal kencing manis main balun saja.
KAWASAN DATO KRAMAT
Kawasan Dato' Kramat ini tersedia banyak kemudahan.
Bagi sarapan pagi atau petang boleh menikmati berbagai juadah saperti tosei, idly, nasi kandar, apom manis. putu mayam, kueh mueh,pisang goreng, roti canai, roti benggali bakar dengan kaya. Makanan tak termasuk yang dijual untuk kaum China senang didapati. Hospital, balai polis, masjid, tokong dan kuil dan lebih menarik Stadium Bandaraya berdekatan termasuk gerai makan padang Brom yang menyediakan berbagai jenis makanan juga berhampiran tempat tinggal kami.
Tempat saya dilahirkan |
Bagi sarapan pagi atau petang boleh menikmati berbagai juadah saperti tosei, idly, nasi kandar, apom manis. putu mayam, kueh mueh,pisang goreng, roti canai, roti benggali bakar dengan kaya. Makanan tak termasuk yang dijual untuk kaum China senang didapati. Hospital, balai polis, masjid, tokong dan kuil dan lebih menarik Stadium Bandaraya berdekatan termasuk gerai makan padang Brom yang menyediakan berbagai jenis makanan juga berhampiran tempat tinggal kami.
Suasan Berubah Memori Tetap Kekal Dalam Ingatan |
" APAKAN DAYA MASA TAK AKAN KEMBALI, HANCUR MUSNAHLAH SEMUANYA..................."
Tan Sri P Ramlee
'THOSE WERE THE DAYS MY FRIEND WE THOUGHT THEY NEVER END ....'
Mary Hopkins
"YESTERDAY WHEN I WAS YOUNG THE TASTE OF LIFE WAS SWEET AS RAIN UPON MY TONGUE......."
Charles Aznavour