Monday, 13 August 2012

LET'S START CRIME PREVENTION FROM SCHOOLS

The  insecurity makes the general public feels uneasy and  that this situation needs to be improved. While the authorities claimed that the crime rate has taken a dip by 10.1 % but this has little bearing on the perception of the general public as far as  crime is concerned. As a matter of fact, how the general public feels remains the pertinent factor.After all statistics can be subjected to  manipulation.

Well, just read the  local papers especially two prominent Malay papers and look at their crime reports.Their reports on crime flashed daily certainly give reasons for anyone to feel uneasy and. Of course there are certain crimes that cannot be prevented but most of the daily crimes reported can and they kept repeating time and again despite the ceaseless efforts of crime prevention. 

The Royal Malaysia Police are always there for crime prevention.In spite of this there are still people  who  fall victim to certain crimes. While greater emphasis is being placed on Resident Associations and the general public in the fight against crime and the relentless efforts made via the electronic media, it seems like the advices , at times, just went unheeded. Now, this might sound rather dumb but worth the try.Why not  start crime prevention from basic and this means getting started from the schools. I believe they still have Crime Prevention Clubs in schools hopefully.Make crime prevention  a topic in class as an aspiration of the club.

On this Ministry of Home Affairs can work with the Education Ministry and make crime prevention a daily topic for discussion with nothing else in mind but to inculcate that certain crimes can be prevented and the students need to have the knowledge on the modus operandi, what mistakes were made and how it can be prevented.  A teacher in each class just needs to select a suitable crime reported in the newspapers and discuss this crime with his or her class making them understand how the crime was committed, why it happened and how to prevent such crimes. There is a need to prepare the students at a young age as they will  eventually better understand crime and the measures to prevent it.

It is also our aspirations that when they leave school they are at least aware of the situation. It's rather  frustrating to learn about people falling victims to some ridiculous scam.

A 30 minutes  session a day in class would suffice and teachers can expose the pupils to the relevant laws connected with such crimes. The Royal Malaysia Police can guide and enhance the teacher's knowledge crime prevention and maybe too become a criminalogist.
Hopefully, the system of attaching an officer to a school in the police district is still in place.These officers can play a more effective role in the Crime Prevention Club program. Can we give it a try, after all there is nothing to lose and this can also be considered a process of target hardening.Be alert against the perpetrators. Schools are reportedly embarking to exposing the social dangers of Facebook to students and so why not inter alia include crime prevention as well.

Tuesday, 10 July 2012

RAGUT - DURI DALAM DAGING

Bila akan berakhir atau berkurangan?
Ragut merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai duri di dalam daging bagi pasukan Polis DiRaja Malaysia. Tidak ada satu hari pun yang mungkin berlalu tanpa terlapor jenayah ini dalam negara kita. Berbagai operasi dijalankan namun ragut, selain dari jenayah lain, masih berleluasa dan  juga menjadi igauan kepada kebanyakan kaum hawa. Apatah lagi menjelang Hari Raya ini perang terhadap jenayah ini akan bermula.Saperti tahun-tahun yang berlalu peperangan ini tidak langsung memberikan indikasi yang kemenangan memihak kepada yang berkuasa.

Oleh yang demikian kerajaan harus serius dalam usaha untuk membenteras gejala ini yang juga sedikat sebanyak telah mencemar nama negara dikalangan pelancong yang juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa ragut. Sudah berkali kali dikemukakan cadangan tetapi apakan daya cadangan hanya tinggal cadangan dan berbuih mulut saperti anjing gila membangkitkan hal ini.

Tidak dapat dinafikan salah satu langkah yang efektif menangani ragut, pada pendapat saya, ialah untuk pihak berkuasa mengawal pengeluaran plat nombor pendaftaran.Sekiranya ini menjadi satu masalah untuk diaplikasikan kepada semua kenderaan, ok, cuba kita mulakan dengan motosikal dahulu kerana peragut serta penjenayah lain sering menggunakan motosikal dalam operasi mereka. Bagi semua jenis motosikal kerajaan perlu seragamkan plat nombor mengikut peraturan undang-undang dan bentuk plat yang dikehendaki oleh kerajaan. Teringat saya semasa SUKOM pihak kerajaan ada mengeluarkan plat nombor khusus semasa itu.Ini patut diteruskan dengan mengwujudkan satu mekanisma berkesan.

Ini bukan mangsa yang pertama
Seterusnya pengeluaran plat nombor ini juga perlu dikawal dan hanya Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dan PDRM cawangan trafik,atau mereka yang ditauliahkan oleh Kementerian Pengangkutan sahaja  yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mengeluarkan nombor plat ini. Sebagai langkah meningkatkan keselamatan  nombor plat ini mungkin perlu mengandongi 'security hologram' sebagai ciri penting mencegah pemalsuan plat.


Kita juga tidak perlu bimbang dengan kemungkinan pengeluaran plat palsu.Kalau  kegiatan memalsukan dilakukan oleh pihak yang tertentu perkara ini akan dapat diketahui juga dari maklumat orang awam yang sudah pasti akan bekerjasama demi membenteras  ragut yang memberikan kesan kepada penghidupan mereka. Apa yang penting dalam hal ini adalah  undang-undang Pengangkutan Jalanraya yang ada sekarang perlu diperkuatkan dan peruntukan dibuat bagi menghukum mereka yang membuat/mengeluarkan/mengedar nombor plat palsu.Sekiranya disabit kesalahan, dikenakan hukuman penjara  dan/atau denda yang tinggi bagi setiap satu nombor plat palsu yang dirampas  atau dikenakan hukuman kedua-duanya sekali.

Dengan cara ini sahaja akan dapat kita membendung jenayah curi ragut ini. Penguatkuasaan yang jitu perlu.Mana-mana motosikal yang dikesan oleh polis menggunakan plat nombor selain dari yang diwartakan atau menggunakan plat pendaftaran yang diperbuat dari kad,logam, 'zinc' atau plastik dan sebagainya mereka ini perlu ditahan untuk siasatan lanjut. Nombor plat  ini  perlu direka  khusus dan hendaklah dilekatkan terus pada motosikal dan plat ini akan rosak apabila cuba ditanggalkan.

Peperangan yang lemah
Sekiranya langkah ini dijalankan maka ini sudah pasti akan  menyulitkan penjenayah dalam operasi mereka.Mereka juga tidak boleh menggunakan nombor plat motosikal yang dicuri sebab motosikal yang dilaporkan hilang ini akan dikesan polis.Mana-mana motosikal yang ditunggang tanpa plat nombor atau nombor buatan sendiri juga akan ditahan untuk siasatan.


Seiring ini mereka juga tidak dapat membuat nombor palsu kerana pengeluaran nombor plat pendaftaran  dikawal dan pengeluaran sebarang plat pendaftaran gantian perlu mengemukakan dokumen sokongan. Pada rakyat yang mematuhi undang-undang ini mungkin menimbulkan sedikit kesulitan namun kita perlu ingat keselamatan adalah lebih penting kerana melibatkan kaum keluarga kita yang boleh menjadi statistik ragut maupun samun.




Sekiranya nombor plat rasmi ini rosak pengantian boleh diberikan satelah membuat laporan rasmi polis dan membuat permohonan dengan mengemukan surat pendaftaran motosikal sebagai bukti menjadi pemilik.Plat nombor gantian akan dikeluarkan dengan bayaran tertentu. 


Ini juga akan membuat dan galakkan semua pemilik motosikal lebih berhati-hati menjaga agar plat nombor motosikal mereka tidak rosak. Memang semua ini mungkin dianggap  remeh temeh namun, saperti dikatan keselamatan awam atas lebih penting.

Sudah tiba masanya perkara ini perlu diberi pandangan serius apalagi banyak kejadian jenayah  dilaporkan atau yang tidak dilaporkan melibatkan penjenayah menggunakan motosikal.Saya yakin memang ada teknoloji dipasaran yang boleh mengeluarkan nombor plat yang dikatakan sama saperti juga cukai jalan kenderaan mungkin lebih canggih lagi. 


Sekiranya langkah ini yang diambil keatas motosikal berjaya mencapai matlamat yang diidamkan maka mungkin  perkara ini juga dilaksanakan keatas kenderaan-kenderaan lain. Bukankah kebanyakan jenayah yang dilakukan juga menggunakan kenderaan boleh dikatakan sebilangan besar melibatkan pejenayah menggunakan plat nombor pendaftaran palsu.

Friday, 1 June 2012

MACAM MANA JADI BEGINI?

 Kebanyakan kita sudah tentu pernah melihat situasi saperti ini terutama bagi mereka yang menunggang motosikal. Kita dapat perhatikan terdapat motosikal yang terdampar ditepi jalan termasuk juga lorong motosikal yang terbiar disitu buat beberapa ketika sehingga pada akhirnya apa yang tinggal hanya lah rangka sahaja? Tapi rangka ini pun akhirnya lesap dan sudah pasti bukan diambil oleh pihak yang berwajib tetapi oleh 'saudagar-saudagar' besi yang lazimnya akan sapu semua bentuk besi yang ditemui.

Mungkin juga ada terlintas soalan di kepala kenapa motosikal dibiarkan begitu sahaja? Apakah mungkin kenderaan semacam ini telah digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang?  Apakah mungkin  tuan punya motosikal seorang yang kaya dan tidak lagi perlu dan tidak pedulikan hartanya dan biarkan disitu saja sebab dia boleh beli motosikal lain? Mungkin juga motosikal sebegini ditinggalkan oleh sipenjenayah setelah selesai operasi yang dijalankan.

Apa dah jadi?
Dalam situasi sebegini maka timbul pula persoalan apakah pihak polis tidak berminat dalam hal-hal sedemikian untuk mengambil tahu? Sekurang-kurang dengan terjumpa motosikal macam ini, yang sekiranya dilaporkan dicuri maka  kes ini boleh dianggap selesai walaupun tidak ada tangkapan yang dapat dibuat. Disebaliknya dengan usaha dan siasatan teliti mungkin penangkapan bakal menyusul. Tapi sayang nampaknya perkara ini tidak mempunyai keutamaan.


Besi buruk
Sekurangnya besi buruk sebegini keadaan boleh diambil milik oleh pihak polis dan apabila usaha mengesan tuan punya motosikal gagal untuk datang uruskan hartanya maka selepas masa yang peruntukabn oleh undang-undang maka pihak Polis berhak melupuskan besi buruk ini bawah harta yang tidak dituntut dibawah Akta Polis.Cara ini sudah tentu dapat tambah kewangan tabung polis.

Tertanya juga, apakah mereka yang menjalankan rondaan jenayah bermotosikal dan berkereta tidak terlihat bangkai motosikal ini terdampar? Atau mungkin mereka tidak tahu tindakan yang perlu diambil. Pasukan rondaan jenayah sepatutnya tumpu pada perkara sebegini sebagai asas untuk siasatan bagaimana motosikal boleh ditinggalkan begini sahaja?

Kehilangan motosikal menjadi duri dalam daging bagi pasukan polis.Kebanyakan motosikal yang dilaporkan hilang sering digunakan untuk perlaksaan jenayah dan akan ditinggal setelah selesai urusan mereka. Satu lagi masalah besar yang dihadapi oleh pasukan polis ialah tentang bentuk nombor pendaftaran yang perlu diberi perhatian serius dan tidak membiarkan nombor pendaftaran direka sesuka hati dan bermacam gaya.

 Pengeluaran nombor pendaftaran juga perlu dikawal dan ini ternyata satu cara berkesan mencegah jenayah. saya perkara ini telah berkali dibangkitkan tanpa ada tindkan serius diberikan. Ada yang menyuara bahawa ada pihak tertentu yang boleh membuat nombor tiruan. Ya, memang boleh, tapi perlu ingat dengan kerjasama orang ramai polis sudah pasti boleh mendapat maklumat tentang kegiatan ini. 
Dengan cara mengawal pengeluaran plat nombor sahaja yang akan menyulitkan pihak yang ingin melakukan jenayah membuat nombor plat palsu. Pihak berkuasa boleh menahan dan tangkap mereka yang menggunakan nombor plat selain dari bentuk nombor plat yang dikhususkan untuk motosikal, kereta lori dan bas. Pada masa ini bermacam gaya nombor plat yang digunakan termasuk potongan zink dan kotak. Sekiranya kerajaan serius untuk mencegah jenayah yang nampaknya membimbangkan terutama jenayah besar maka kita seharusnya timbulkan masalah kepada penjenayah untuk menjalankan niat jahat mereka dan  bukan susahkan polis.

Selagi perkara ini tidak diutamakan selagi itulah kita akan hadapi jenayah saperti rompakan, ragut dan lain-lain yang dilakukan memakai nombor plat palsu yang boleh dibuat dimana-mana tanpa kawalan yang berkesan.

Wednesday, 1 February 2012

Siapa yang akan membela Nabi saw?

Maulidur Rasul bakal kembali lagi dalam  beberapa hari lagi dan saperti biasa hari mulia ini disambut dengan berbagai acara bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Muhammad saw. Perarakan-perakan juga akan diadakan disegenap pelusuk negara. Tapi sedih sekali setelah hampir setahun lebih berlalu selepas satu kejadian menghina Nabi besar kita dilaporkan, langsung tidak ada apa tindakan pun diambil keatas laporan kes ini. Kenapa mesti berarak beramai-ramai sedangan Nabi saw kita dihina oleh seorang murtad laknatullah dan tidak ada siapa pun yang peduli atau bertindak membela kemuliaan Nabi Muhammad saw.
Siapa yang dapat membela Nabi saw?

Penghinaan terhadap Nabi saw pula telah dilakukan  oleh seorang padri Melayu murtad.Apakah mempersenda guraukan Nabi saw, Al Quran dan Islam merupakan satu kesalahan kecil  dan boleh dibiarkan begitu saja?  Sekurangnya tindakan diambil bawah Sek 298A Kanun Kesiksaan yang sedia ada.


Sedih bila mengenangkan Nabi kita,seorang individu teragung di dunia, diperlekeh oleh seorang murtad sedih lagi kerajaan yang yang kononnya kerajaan yang hendak menegakan syiar Islam bagaikan tidak peduli langsung.

Badrul Hisham seorang Melayu murtad laknatullah telah menghina Nabi sejak 2003 lagi dengan tersiar video di You Tube tentang ucapan laknatullah ini yang dibuat disebuah gereja di Sarawak. Ceramah laknatullah ini telah menghina Nabi, Al Quran dan Islam.Insiden ini hanya dapat dikesan oleh blogger terkenal Mahaguru58,dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Dang Wangi dengan diikuti banyak gempar-gempur yang berlaku berkaitan kes ini. 


Tapi alangkah sedih sekali perkara ini hanya sekadar wayang saja dan api yang nampak membara telah mati begitu saja tanpa apa ada yang peduli atau mengangkat satu  jari  bagi membela kemuliaan Nabi kita.

Sekali lagi nampaknya saperti biasa YB Menteri Dalam Negeri telah gagal melaksanakan tugas untuk mengambil tindakan tegas berhubung kes serius ini.Kelemahan ini boleh digunakan oleh setengah pihak untuk terus menghina Islam. Undang-undang ada tapi perlaksanaan nampaknya begitu rapuh sekali. 


Bukan menjadi niat kita untuk menonjolkan imej sebagai seorang alim tapi dalam soal ini patutkah kita berpeluk tubuh  dan berdiam diri dan dibiarkan Nabi dihina begitu saja? Tambah sedih lagi bila mengenangkan kita ada pula parti politik yang pemimpinnya berserban besar, berjanggut dan kononnya berhasrat menegakkan Islam di negara ini tapi semua membisu seribu bahasa.Apakah mereka ini ikhlas atau sekadar berdrama saja? Memang tepat kata mantan PM Dr M, " Melayu cepat lupa".

Hairan selepas setahun lebih berlalu tidak pula ada ahli parlimen Islam tak kira parti yang bangkitkan soalan     tentang perkara ini di Parlimen. Dimana letaknya keutamaan kita? Seorang manusia istimewa dan tokoh utama di dunia saperti Muhammad saw menerima hinaan dari seorang murtad yang berpengetahuan Islam yang lebih nipis dari kulit popiah dan  pengetahuan Bible murtad ini juga saya percaya lebih nipis dari bahan ternipis dalam dunia boleh menghina Nabi saw . Mungkinkah kita bakal terima balasan dari Allah swt atas kegagalan besar ini. Allahualam.
Kitab suci kita dihina.

Apakah begitu sukar untuk mengesan murtad laknatullah ini? Ini juga memberi gambaran tentang betapi lemah dan tidak berkesannya jentera perisikan negara kita. Osama dan Sadam pun jatuh akibat tindakan perisikan yang begitu berkesan tapi di sini seorang murtad laknatullah macam ni pula payah nak dicari.

Mungkin laknatullah ini telah pun lari keluar negara tanpa disedari oleh Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya ini berlaku dan  dia kiranya menggunakan dokumen perjalanan asing, maka keraayatan murtad ini sepatutnya dilucutkan bawah Art 24(2) Perlembagaan Malaysia. Tidak hairan jika nama murtad laknatullah ini juga tidak disenarai  hitamkan oleh Imigeresen.


Menteri Dalam Negeri patut sedar dan memperkuatkan cengkaman berhubung keselamatan, keamanan dan keharmonian negara agar terjamin dengan sokongan satu rangkaian risikan yang berkesan. Siapakah yang menyiasat kes penghinaan ini,Kementerian Multimedia atau Polis DiRaja Malaysia? Takut pula jadi macam kisah Jabatan A sangkakan kes disiasat oleh Jabatan B dan Jabatan B pula sangkakan kes disiasatan oleh Jabatan A. Akhirnya tidak ada sesiapa pun yang buat apa-apa. Harap-harap  ini bukanlah  scenario dalam hal ini? 


Oh ya! bercakap pasal kelemahan risikan,teringat pula kes lampau melibatkan Ayah Pin pemimpin Kerajaan Langitnya. Dilaporkan dulu Ayah Pin ini sering masuk dan keluar tanpa dikesan! Hebat demo, baguih betoi dia ni menyusup tanpa disedari. 


Akhir kata segala puji dan selawat ke atas junjungan besar Muhammad saw dan doa saya agar Allah selamatkan Malaysia! Amin