Wednesday, 1 February 2012

Siapa yang akan membela Nabi saw?

Maulidur Rasul bakal kembali lagi dalam  beberapa hari lagi dan saperti biasa hari mulia ini disambut dengan berbagai acara bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Muhammad saw. Perarakan-perakan juga akan diadakan disegenap pelusuk negara. Tapi sedih sekali setelah hampir setahun lebih berlalu selepas satu kejadian menghina Nabi besar kita dilaporkan, langsung tidak ada apa tindakan pun diambil keatas laporan kes ini. Kenapa mesti berarak beramai-ramai sedangan Nabi saw kita dihina oleh seorang murtad laknatullah dan tidak ada siapa pun yang peduli atau bertindak membela kemuliaan Nabi Muhammad saw.
Siapa yang dapat membela Nabi saw?

Penghinaan terhadap Nabi saw pula telah dilakukan  oleh seorang padri Melayu murtad.Apakah mempersenda guraukan Nabi saw, Al Quran dan Islam merupakan satu kesalahan kecil  dan boleh dibiarkan begitu saja?  Sekurangnya tindakan diambil bawah Sek 298A Kanun Kesiksaan yang sedia ada.


Sedih bila mengenangkan Nabi kita,seorang individu teragung di dunia, diperlekeh oleh seorang murtad sedih lagi kerajaan yang yang kononnya kerajaan yang hendak menegakan syiar Islam bagaikan tidak peduli langsung.

Badrul Hisham seorang Melayu murtad laknatullah telah menghina Nabi sejak 2003 lagi dengan tersiar video di You Tube tentang ucapan laknatullah ini yang dibuat disebuah gereja di Sarawak. Ceramah laknatullah ini telah menghina Nabi, Al Quran dan Islam.Insiden ini hanya dapat dikesan oleh blogger terkenal Mahaguru58,dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Dang Wangi dengan diikuti banyak gempar-gempur yang berlaku berkaitan kes ini. 


Tapi alangkah sedih sekali perkara ini hanya sekadar wayang saja dan api yang nampak membara telah mati begitu saja tanpa apa ada yang peduli atau mengangkat satu  jari  bagi membela kemuliaan Nabi kita.

Sekali lagi nampaknya saperti biasa YB Menteri Dalam Negeri telah gagal melaksanakan tugas untuk mengambil tindakan tegas berhubung kes serius ini.Kelemahan ini boleh digunakan oleh setengah pihak untuk terus menghina Islam. Undang-undang ada tapi perlaksanaan nampaknya begitu rapuh sekali. 


Bukan menjadi niat kita untuk menonjolkan imej sebagai seorang alim tapi dalam soal ini patutkah kita berpeluk tubuh  dan berdiam diri dan dibiarkan Nabi dihina begitu saja? Tambah sedih lagi bila mengenangkan kita ada pula parti politik yang pemimpinnya berserban besar, berjanggut dan kononnya berhasrat menegakkan Islam di negara ini tapi semua membisu seribu bahasa.Apakah mereka ini ikhlas atau sekadar berdrama saja? Memang tepat kata mantan PM Dr M, " Melayu cepat lupa".

Hairan selepas setahun lebih berlalu tidak pula ada ahli parlimen Islam tak kira parti yang bangkitkan soalan     tentang perkara ini di Parlimen. Dimana letaknya keutamaan kita? Seorang manusia istimewa dan tokoh utama di dunia saperti Muhammad saw menerima hinaan dari seorang murtad yang berpengetahuan Islam yang lebih nipis dari kulit popiah dan  pengetahuan Bible murtad ini juga saya percaya lebih nipis dari bahan ternipis dalam dunia boleh menghina Nabi saw . Mungkinkah kita bakal terima balasan dari Allah swt atas kegagalan besar ini. Allahualam.
Kitab suci kita dihina.

Apakah begitu sukar untuk mengesan murtad laknatullah ini? Ini juga memberi gambaran tentang betapi lemah dan tidak berkesannya jentera perisikan negara kita. Osama dan Sadam pun jatuh akibat tindakan perisikan yang begitu berkesan tapi di sini seorang murtad laknatullah macam ni pula payah nak dicari.

Mungkin laknatullah ini telah pun lari keluar negara tanpa disedari oleh Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya ini berlaku dan  dia kiranya menggunakan dokumen perjalanan asing, maka keraayatan murtad ini sepatutnya dilucutkan bawah Art 24(2) Perlembagaan Malaysia. Tidak hairan jika nama murtad laknatullah ini juga tidak disenarai  hitamkan oleh Imigeresen.


Menteri Dalam Negeri patut sedar dan memperkuatkan cengkaman berhubung keselamatan, keamanan dan keharmonian negara agar terjamin dengan sokongan satu rangkaian risikan yang berkesan. Siapakah yang menyiasat kes penghinaan ini,Kementerian Multimedia atau Polis DiRaja Malaysia? Takut pula jadi macam kisah Jabatan A sangkakan kes disiasat oleh Jabatan B dan Jabatan B pula sangkakan kes disiasatan oleh Jabatan A. Akhirnya tidak ada sesiapa pun yang buat apa-apa. Harap-harap  ini bukanlah  scenario dalam hal ini? 


Oh ya! bercakap pasal kelemahan risikan,teringat pula kes lampau melibatkan Ayah Pin pemimpin Kerajaan Langitnya. Dilaporkan dulu Ayah Pin ini sering masuk dan keluar tanpa dikesan! Hebat demo, baguih betoi dia ni menyusup tanpa disedari. 


Akhir kata segala puji dan selawat ke atas junjungan besar Muhammad saw dan doa saya agar Allah selamatkan Malaysia! Amin

No comments: