Monday 7 November 2016

PUTAR PUTAR CARI MAKAN




 Pulau Pinang memang terkenal dengan makanan beraneka bukan setakat nasi kandar saja tetapi ada lain makanan  'caca marba' yang  juga perlu dicuba.


Bagi sarapan pagi di warong 'Roti Bakar' Lorong Hutton tersedia roti benggali bakar. Perniagaan usaha keluarga ini  dimulakan pada tahun 1957 oleh Mamu Jabar. Warong ini merupakan salah satu tempat sarapan pagi yang bertugas disekitar kawasan warong ini.Ramai yang mungkin tidak  sedar wujudnya warong Roti Bakar kerana kedudukan tersorok dilorong antara bangunan.


Disampinag roti bakar dengan telor rebus  setengah  masak sebagai 'signature breakfast' warong ini juga menyediakan roti canai dan Nasi Dalcha dengan lauk daging atau ayam yang menyelerakan. Roti benggali bakar dicicah  lauk ikan merupakan sarapan istimewa di sini. 

Potret Mamu Jabar
Kedudukan warong Roti Bakar Lorong Hutton Penang

   









Pada ketika ini urusan perniagaan 'Roti Bakar' ini dikendalikan oleh Mohd Ansari anak Mamu Jabar yang masih kekal bertapak ditempat asal mereka. Warong ini sangat terkenal dikalangan orang 'tanjung'. Jadi bIla di 'tanjung' jangan lupa mencuba ' Roti Bakar ' di Lorong Huton. 

Mohd Ansari 


   


TAUKUA DAN CUCUR RENDANG

Tuakua Rendang

Lintas saja dari simpang Lorong Hutton dan terus masuk lorong di celah gerai menjual pakaian dan cendrahati di  'jual murah', anda akan bertemu dengan  warong yang menghidangkan 'taukua rendang' satu makan ringan yang sesuai pada bila bila masa dan bagi mereka yang menjaga badan.

                                                                                                                            Dahulunya di Lorong bazar 'jual murah'  Pulau Pinang ini terdapat beberapa  kedai kedai nasi kandar menghidangkan lauk yang  memang 'classic' belaka. Namun apakan daya peredaran zaman telah menyebabkan 'scenario' ini bertukar agak muram sekadar tinggal kenangan manis sahaja bagi mereka yang seangkatan dengan saya.
Taukua Rendang dengan Kopi O

Bagi memilih minuman petang memang tidak menjadi masalah di Pulau Pinang kerana terdapat beberapa pilihan.Di Kuala Lumpur agak sukar mendapat taukua rendang atau popiah basah,  laksa mau pun mee mamak.Banyak  penjaja menjual pisang goreng,keropok lekor dan kueh muih.

Mee Mamak Statik



Mee Mamak Beroda di Masjid Bayan.Baru

    Di Pulau Pinang   rata rata  boleh dapat mee yang  memang lazat. Lain pula di Kuala Lumpur agar sukar juga mendapatkan rasa sedemikian.Mee mamak  di Padang Brom', di kedai kopi berhampiran  bulatan Air Itam  ke Bukit Bendera, Mee Pitchay di astaka Sg Nibong dan mee Bangkok Lane, Pulau Tikus  semuanya mempunyai keenakan tersendiri.


POPIAH
Mamak Suleiman
Popiah basah  payah ditemui di Kuala Lumpur. Pergilah ke Lorong Kulit pada hari Sabtu dan Ahad dan cubalah Popiah Ali lokasinya dihadapan pejabat TNB. Pada masa lampau  popiah Allahyarham Mamak Suleiman di Jalan Johor dipinggir Padang 'Brom' (Brown) memang  sangat sedap dan terkenal. Popiah Mamak Suleiman ini menarik ramai pelanggan dan  mamak kelihatan  saperti menari semasa sedang menyediakan pesanan pelanggan yang beratur namun, selepas pemergian 'Mamak Popiah' perniagaan ini diteruskan sementara oleh anak perempuan Allahyarham. Sedihnya usaha ini tidak berterusan dan riwayat popiah Mamak Suleiman pun sekadar tinggal kenangan sahaja bagi pelanggan yang mengetahui.


Popiah Mat
'Tak pa' kata orang Penang.Walau apa pun kita boleh juga nikmati popiah 'member' saya Mat yang  tidak kurang hebatnya.  Popiah Mat terletak  di tepi medan selera stadium di Jalan Perak.


BUAH BERANGAN
Buah Berangan China

Buah yang diimpot dari China boleh di dapati dari penjaja berhampiran Pasar Chowrasta. Dulu ramai yang menjaja buah berangan ini. Dikhuatiri penjaja penjaja  ini juga  akan pupus dan mungkin digantikan dengan kaedah bercorak moden.







LAKSA PENANG

Laksa Buyong satu satunya makanan yang lazat . Laksa ini boleh dinikmati di astaka selera Stadium di Jalan Perak.Sekiranya kita ke pantai Batu Feringghi boleh nikmati laksa di tepi jalan di Pantai Maimi sebelahan banglo 'Boon Siew'.Kuah laksa ini memang  'kow' dengan otak udang.

PULUT UDANG PANGGANG
 
Pulut Udang

Pulut udang panggang satu lagi menu yang sesuai dengan minuman petang.Boleh di dapati di Jalan Makloom dan ada beberap tempat lagi termasuk di Teluk Bahang sekiranya anda berada dikawasan ini. Saya gemar pulut udang yang garing sikit.





NASI KANDAR FAISAL PASAR BAYAN BARU
 

Medan Selera Pasar Bayan Baru

Di Pasar Bayan Baru pada waktu pagi  anda bolehlah cuba nasi kandar,roti canai atau murtabak di Restoran Faisal.


Penjual nasi kandar  di Pulau Pinang satu ketika dulu. Inilah dia Nasi Kandar sebenarnya. Kebanyakan mereka ini  menyediakan nasi kandar yang lazat dan tak banyak pun lauk.


APOM MANIS 


 Apom ini sesuai bagi sarapan pagi maupun minum petang. Ini pun sukar juga nak cari ini di Kuala Lumpur. Apom manis ini kita boleh buat pilihan samada perlu apom telur atau yang biasa. Apom boleh didapati di pasar Bayan Baru sebelah dengan restoran Faisal atau di flat taman Sardon Gelugor atau di simpang masuk ke pasar Jelutong.Ada kala dijual tepi di Jalan Batu Lancang.
.
Dapur membakar apom







MEE UDANG

Kedai Mee Udang di Lebuh Dickson


Nak cuba 'Hokkien Mee' pergi ke Bee Hwa Cafe.Terletak di Lebuh Dickens dihadapan pintu masuk ke Ibupejabat Polis Pulau Pinang kedai ini telah lama menghidangkan mee udang yang kuahnya sangat lazat dan memuaskan berbeza dengan mee udang biasa.
                   

        




                                       
MAKANAN DULU YANG KINI  HANYA
TINGGAL KENANGAN SAHAJA

Bagi orang 'tanjung,' dulu,ada makanan-makanan lazat  yang ketika ini sekadar tinggal kenangan sahaja.Makanan saperti:-


Lokasi Nasi Kandar Arif di kedai tengah
Jalan Dato Kramat
Nasi Kandar Ariff Dato Kramat

Nasi Kandar Ariff memang terkenal,  dulu  berlokasi di kedai kopi rakan saya disimpang Jalan Dato Kramat/Jalan Perak menghidangkan nasi kandar yang istimewa. Tidak saperti nasi kandar sekarang yang menyediakan berbagai lauk pauk.Nasi Kandar Ariff Dato Kramat ini  hanya menyediakan lauk ikan, daging, sotong, udang, telor rebus, bendi serta sambal 'nyiok' sahaja. Bila  kesemua kuah-kuah ini dicampur memang sedap sekali dan lebih lazat lagi bila disimpan sehingga nasi kembang.Lani agar sukar juga nak nikmati sambal 'nyiok'. Tertanya juga entah ke mana perginya si Ariff ini?

TEH/KOPI DALAM 'KOLE' TIN SUSU

Mamak ! Bagi the tarik satu!
Pergilah ke kedai kopi mamak tepi jalan dan pesananlah teh atau kopi tarik untuk ' take away' ketika dulu. Sudah pasti kita  akan diberikan minuman  di isikan dalam tin susu tidak saperti sekarang dibekalkan dalam plastik ikat tepi. Perlu awas bila nak minum takut berdarah bibir.




Roti Benggali Klasik

Roti benggali merupakan satunya makanan yang sentiasa ada kebanyakan rumah.Bolehlah dibakar dan  dengan sekaya atau mentega termasuk juga dengan susu pekat. Kami suka membeli kuah ikan sahaja dari kedai nasi kandar yang   juga akan   bekalkan kuah ikan itu dalam tin susu. Seronok betul kongsi makan roti benggali  dengan kuah ikan atau kuah sate kongsi dengan kawan kawan.



Kenderaan Jual Roti


Kadang kala ternampak juga van Ismailia Bakery yang bergerak menjual roti benggali tetapi kedudukan statik van ini susah tetapkan. Dulu mamak roti pakai kayoh saja dengan bunyi loceng di ketuk.











AIS SIRAP TINGKAP
Ais Tingkap ketika ini

Sekiranya anda berkunjung ke ' tanjung ' pergilah intai dan cubalah ais 'sirap tingkap'. Ingatan saya masih jelas dibawa bapa saya ke kedai tingkap ini semasa saya kecil dulu.  Penjaja berkenaan berada ditingkap kecil  sahaja tapi keadaan telah berubah. Perniagaan ini sekarang diurus oleh generasi baru.Minuman ais sirap yang ini dicampur biji selasih dan macam macam lagi  sangat menyegarkan terutama pada hari yang panas. Warong ini terletak di kepala Tamil Street disimpang pasar Chowrasta.


Pada tahun 60an terdapat juga minuman sirap dengan kikisan  kelapa muda dijual ditepi jalan.Minuman yang sangat popular ini boleh didapati dengan harga 5 sen sahaja dan yang 'bestnya'  boleh ditambah pula, jadi boleh  kongsi dengan kawan.Dulu bukan senang nak dapat duit pun. Lima duit pun dililit di kocek seluar dengan getah bayangkan, takut hilang katakan.

DADIH SUSU MANIS

Kelibat mamak menjual dadih susu yang 'ori' juga telah ghaib.Di Pulau Pinang  dulu kita dapat lihat mamak kandar  bakul berisi dadih dalam tin susu untuk jualan. Sukar mendapat dadih ori pada masa sekarang.Dadih yang dijual sekarang menyerupai agar agar. Dadih dulu kala juga disediakan dalam tin susu kandungan setengah tin dan satu tin bukan dalam mangkok plastik saperti sekarang.
MURTABAK CRAVEN A
Craven A
Murtabak kelas tahun enam puluhan di 'Craven A' dan di Ghani Briani Restoran yang terletak di tangga jejantas di simpang Jalan Penang /Burmah sangat lazat sekali. Kedua dua restoran ini telah tiada lagi.Restoran Hameediah  di Lebuh Campbell juga menyediakan murtabak yang sedap dulu tetapi sekarang ini lain pula rasanya berbanding yang lampau.Hairan juga kenapa resepi dan tradesi menghasil murtabak yang baik tidak di kekalkan.Murtabak di warong simpang pasar Jelutong pada petang hari  dan juga di Restoran Faisal,Bayan Baru bolehlah makan ada rasa.


 GULA PAHAT

Penjaja  menjual 'Gula Pahat'  dalam talam ini akan selalu melalui di kawasan  kami menjaja gula batu   saperti coklat putih tetapi keras.Gula ini akan dipahat berketul ketul untuk dimakan. Zaman dulu tak kisah pun pasal kencing manis main balun saja.
KAWASAN DATO KRAMAT


Tempat saya dilahirkan
Kawasan Dato' Kramat ini tersedia banyak kemudahan.

Bagi sarapan pagi atau petang boleh menikmati berbagai juadah saperti tosei, idly, nasi kandar, apom manis. putu mayam, kueh mueh,pisang goreng,  roti canai, roti benggali bakar dengan kaya. Makanan tak termasuk yang dijual untuk kaum China senang didapati. Hospital, balai polis, masjid, tokong dan kuil dan lebih menarik Stadium Bandaraya berdekatan termasuk gerai makan padang Brom yang menyediakan berbagai jenis makanan  juga berhampiran tempat tinggal kami.

Suasan Berubah Memori Tetap Kekal Dalam Ingatan
















" APAKAN DAYA MASA TAK AKAN KEMBALI, HANCUR MUSNAHLAH SEMUANYA..................."

Tan Sri P Ramlee
                                                                         
'THOSE WERE THE DAYS MY FRIEND WE THOUGHT THEY NEVER END ....'
 Mary Hopkins


"YESTERDAY WHEN I WAS YOUNG THE TASTE OF LIFE WAS SWEET AS RAIN UPON MY TONGUE......."
Charles Aznavour