Thursday, 24 September 2020

KENALI MASJID ANDA

(1)
           Ketika pertama kali singgah di mana mana masjid atau surau sudah tentu kita tertanya tentang tempat ibadat berkenaan terutama masjid masjid yang lama,namun tidak banyak masjid yang pamirkan maklumat ringkas ii.

    Mengingati sejarah adalah satu aspek penting. Coretan ringkas ini  dapat memberikan gambaran tentang pengorbanan 'orang orang lama' pada masjid atau surau berkenaan

      Benar, banyak masjid lama telah berubah wajah dengan pengedaran zaman namun sejarah masjid berkenaan tidak mungkin berubah. Antara masjid lama di Pulau Pinang :-

MASJID JAMEK BATU UBAN (1743)

                             

Asalnya, masjid ini,terletak dipinggir pantai di Batu Uban. Dari  maklumat individu yang bertanggong jawab membuka perkampongan Batu Uban dan mendirikan masjid ialah Haji Mohamed Salleh, lima puluh dua tahun sebelum   Captain Francis Light pacak kaki  di Pulau Pinang pada tahun 1786.Nakhoda Intan merupakan salah seorang dari tiga beradek berasal dari daerah Menangkabau, Sumatra, Indonesia.

                             

        Nakhoda Intan bin Almarhum Nam Tungku Patis Batang,berketurunan kerabat Di Raja Menangkabau.Walaupun dari  Paya Kumbu Kampong Buadi namun moyangnya berasal dari Pagar Ruyong dan isterinya bernama  Serunai Padi.


                                                       Keterangan Ringkas Masjid Batu Uban

    Setibanya Nakhoda Intan di Pulau Pinang, beliau telah memohon perkenan Tuanku  Sultan Kedah agar dapat bermastautin di Pulau Pinang.  Dengan keizinan ini beliau telah membuka perkampongan Batu Uban bersama ahli keluarganya serta pendatang Indonesia yang lain dari Menangkabau.Sebuah masjid telah didirikan.

    Semasa hayat Kader Meah,seorang cucu Nakhoda Intan, Kader Meah telah mendirikan sebuah surau berhampiran masjid Nakhoda Intan menyebabkan berlaku perpecahan dikalangan keluarga dan masyarakat. Pergaduhan berlaku  dengan korban nyawa.Tindakan oleh tentera penjajah British telah berjaya memulihkan ketenteraman awam 

      Masjid Batu Uban banyak mengalami pengubahsuaian namun, masih terdapat sisa sisa binaan lama termasuk telaga air tawar di masjid ini. Masjid masakini telah di bina pada bulan Jun 1960 dengan bantuan kewangan sumbangan dari Kebajikan Masyarat dan wang derma dari orang awam.

    Adalah menjadi harapan kita dengan wujudnya kemudahan IT yang kita nikmati ketika ini maka  perlu sejarah setiap masjid dapat dikumpulkan untuk generasi akan datang.




Kubur lama di perkarangan Masjid Jamek Batu Uban


Telaga Masjid Batu Uban

Nakhoda Intan  meninggal dunia pada usia 80 tahun dan di semadi  di perkarangan masjid Batu Uban.