Bahaya di atas jalanraya |
1 Syawal semakin hampir dan semua warga kota akan bergegas balik ke kampong masing-masing ke pangkuan keluarga dan ibu bapa. Pihak Polis tahun demi tahun sering mengingatkan tentang keselamatan di jalanraya. Seharusnya "Ops Sikap" tidak perlu di lancarkan sekiranya kita menggunakan pemikiran kita dan lebih bertanggong jawab semasa perjalanan pulang bagi menyambut perayaan.
Peruntukan ops ini boleh digunakan untuk pembangunan yang lain bagi rakyat.Walau apa pun kita perlu pentingkan keselamatan sendiri, dan juga keselamatan orang lain.Oleh itu satu perkara yang di fikirkan penting dan perlu diingatkan kepada semua.
Berwaspadalah pada 'ular sawa' macam ini yang banyak dijalanraya yang menjadi antara sebab kemalangan berlaku.Pihak yang berwajib perlu lebih tegas tangani masalah ini sebab sering benda ini di dapati berada di atas jalanraya. Lebih bahaya lagi bagi penunggang motosikal apa lagi pada waktu malam. Ini adalah tanda kelemahan penguatkuasaan dan sikap ambil mudah sehingga dapat membahayakan nyawa pengguna jalan lain.
Sebagai langkah keselamatan dari segi jenayah pastikan 'speed dial' anda ada nombor talipon Pusat Kawalan Malaysia 0322663333 dan 22663444. Kenapa ini perlu tak manasabah kita membawa senarai talipon semua balai dalam talipon kita maka hubung saja Bukit Aman dan laporkan apa jenayah yang dikesan dan mereka tahu apa yang perlu dilaksanakan. Itu saja tugas anda,
Jadi kepada semua yang akan balik raya berhati-hati dan berwaspada pada cebisan-cebisan tayar ini demi untuk keselamatan semua.
" SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"
No comments:
Post a Comment