Walaubagaimana pun penempatan saya di Pontianak sedikit sebanyak telah mengubah pandangan saya terhadap apa yang dikatakan penghidupan sebab suasana hidup yang berbeza antara kita di Malaysia yang mempunyai serba kemudahan dan mereka yang di tengah khatulistiwa ternyata ketingalan dari banyak aspek pada masa itu. Saya dengan cepat telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru saya.Maklumlah ini kali pertama dalam hidup saya keluar negara dan juga kali pertama bertugas di negara orang. Namun dalam masa yang singkat saya telah memperolehi ramai rakan dan kenalan. Sampai tanpa kenalan balik ke Malaysia meninggalkan ramai kenalan yang saya anggap sebagai saudara saya.
Kusno Sosrodihardjo @ Sukarno |
Semakin hampir ke hari kemerdekaan teringat saya pada kenangan manis yang saya alami semasa bertugas sebagai pegawai perhubungan Polis DiRaja Malaysia di Konsulat Malaysia Pontianak,Kalimantan Barat, Republik Indinesia (RI) pada tahun 80an. Saya ingat bertukar ke California tapi silap tukar pula ke Kalimantan.ha! ha! ha!. Tapi tak apalah asalkan ada bunyi 'Kali ' nya pun cukup lah.
Walaubagaimana pun penempatan saya di Pontianak sedikit sebanyak telah mengubah pandangan saya terhadap apa yang dikatakan penghidupan sebab suasana hidup yang berbeza antara kita di Malaysia yang mempunyai serba kemudahan dan mereka yang di tengah khatulistiwa ternyata ketingalan dari banyak aspek pada masa itu. Saya dengan cepat telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru saya.Maklumlah ini kali pertama dalam hidup saya keluar negara dan juga kali pertama bertugas di negara orang. Namun dalam masa yang singkat saya telah memperolehi ramai rakan dan kenalan. Sampai tanpa kenalan balik ke Malaysia meninggalkan ramai kenalan yang saya anggap sebagai saudara saya.
Antara perkara yang terpahat dalam kenangan saya sehingga kini sepanjang bertugas selama tiga tahun di situ ialah menghadiri peringatan Hari Ulang Tahun RI atau HUT.Indonesia mencapai kemerdekaan dari jajahan Belanda pada 17 Ogos 1947 lebih awal dari negara kita yang merdeka pada 31 Ogos 1957.
Upacara peringatan HUT ini selalunya bermula pada tengah malam 16 Ogos di makam Pahlwan yang terletak di pinggir kota Pontianak menuju ke pelabuhan udara Supadio. Pada malam ini anggota Komander militer Kalimantan Barat dan pemerintah tempatan akan berkumpul di makam pahlawan untuk upacara peringati yang bermula di sini. Mereka yang berkumpul sebelum tengah malam di dataran makam pahlawan akan menunggu detik 12 tengah malam untuk menyusul.Istemewanya peringatan HUT ini diadakan serentak di seluruh pelusuk RI dari Sabang ke Marueke Suasana malam yang begitu aman tenteram dapat dirasai di makam ini.
Apabila tiba tepat jam 2400 kesepian malam akan diganggu oleh bunyi tiupan "Last Post" yang sangat menghayat hati semua yang hadir terutama saya yang berdiri tegak dan bangga mewakili Polis DiRaja Malaysia di upacara peringatan HUT mereka. Tiupan "Last Post" yang berkumandang di ruang udara makam pahlawan sangat mengudsik perasaan dan sanubari. "Last Post" ini akan disambut pula oleh penuip bugle yang terletak di kawasan lain dan bunyinya seakan-akan bergelombang di ruang udara ditempat keramat ini.
Secara otomatik ianya membuat bulu roma saya berdiri tegak dan juga secara spontan dan tidak terkawal air mata mengalir membasahi pipi. Memang terasa sangat sayu mendengar tiupan "Last Post" khusus bagi yang terkorban. Para hadirin akan bertafakur selama tiupan 'bugle' berkumandang di udara.
Memang upacara peringatan ini sangat unik bagi saya kerana berlainan sekali dari apa yang dialami di tanah air sendiri. Kita menyambut kemerdekaan sebagai satu perayaan dengan bermacam acara hiburan sebaliknya di sini peringatan hari HUT begitu serius dan bermakna menghormati mereka yang telah mati dalam nama memperjuangkan kemerdekaan tanah air mereka.
Memang sukar bagi saya mengawal perasaan dalam keadaan sebegini, apa lagi bila berdiri di kalangan kubur-kubur para pejuang yang terkorban demi tanah air mereka. Kubur-kubur disini tersusun begitu rapi mengikut agama .Di setiap kubor pula dinyalakan lilin serta satu 'combat helmet' diletakan atas disetiap kubor . Keadaan gelap di makam ini hanya diterangi oleh cahaya lilin membuat kita merasa begitu sayu dan pilu bagi yang mempunyai perasaan.
Selepas acara hormat ini Komandar Militer daerah Kalimantan Barat sendiri akan membaca declarasi kemerdekaan Sukarno Hatta dan menyentuh jumlah askar Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang terkorban di Kalimantan Barat termasuk Pertahan Sivil atau Hansip. Jumlah askar yang tidak dikenali yang di semadikan di pusara ini juga dinyatakan. Pada penghujung acara peringatan ini para hadirin akan menabur bunga di pusara ini tidak kira agama Ini pada saya sangat bermakna sekali.Segala-galanya dijalankan dengan penuh adat dan etika penghormatan kepada pahlawan yang gugur demi kemerdekaan.
Pada acara keesokan pagi pula akan berlangsung upacara menaikan bendera merah putih di perkarangan kantor Gubenor Kalimantan Barat. Bila tercapainya kemerdekaan pada 17 Ogos 1947 oleh Hatta dan Sukarno mereka telah mengoyakkan jalur biru dari bendera Belanda dan kekalkan merah dan putih untuk dijadikan bendera Republik Indonesia yang kekal digunakan hingga sekarang.
Mohamad Hatta |
Secara otomatik ianya membuat bulu roma saya berdiri tegak dan juga secara spontan dan tidak terkawal air mata mengalir membasahi pipi. Memang terasa sangat sayu mendengar tiupan "Last Post" khusus bagi yang terkorban. Para hadirin akan bertafakur selama tiupan 'bugle' berkumandang di udara.
Memang upacara peringatan ini sangat unik bagi saya kerana berlainan sekali dari apa yang dialami di tanah air sendiri. Kita menyambut kemerdekaan sebagai satu perayaan dengan bermacam acara hiburan sebaliknya di sini peringatan hari HUT begitu serius dan bermakna menghormati mereka yang telah mati dalam nama memperjuangkan kemerdekaan tanah air mereka.
Memang sukar bagi saya mengawal perasaan dalam keadaan sebegini, apa lagi bila berdiri di kalangan kubur-kubur para pejuang yang terkorban demi tanah air mereka. Kubur-kubur disini tersusun begitu rapi mengikut agama .Di setiap kubor pula dinyalakan lilin serta satu 'combat helmet' diletakan atas disetiap kubor . Keadaan gelap di makam ini hanya diterangi oleh cahaya lilin membuat kita merasa begitu sayu dan pilu bagi yang mempunyai perasaan.
Selepas acara hormat ini Komandar Militer daerah Kalimantan Barat sendiri akan membaca declarasi kemerdekaan Sukarno Hatta dan menyentuh jumlah askar Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang terkorban di Kalimantan Barat termasuk Pertahan Sivil atau Hansip. Jumlah askar yang tidak dikenali yang di semadikan di pusara ini juga dinyatakan. Pada penghujung acara peringatan ini para hadirin akan menabur bunga di pusara ini tidak kira agama Ini pada saya sangat bermakna sekali.Segala-galanya dijalankan dengan penuh adat dan etika penghormatan kepada pahlawan yang gugur demi kemerdekaan.
Bendera Belanda |
Upacara menaikkan bendera juga merupakan satu lagi upacara yang dijalankan dalam suasana yang penuh istiadat. Ketika bendera merah putih Indonesia diarak ke tiang bendera lagu kebangsaan Indonesia Raya akan berkumandang semasa bendera merah putih ini dinaikkan.
Memang istimewa, bendera yang dinaikkan pertama kali pada tahun 1947 disini itulah digunakan pada pagi ini.Setiap tahun ketika HUT diperingati bendera yang sama digunakan dan akan disimpan selepas selesai acara peringatan ini. Acara diakhiri dengan pembarisan lintas lalu oleh ke empat-empat cawangan TNI, Terdiri dari angkatan tentera darat, laut, udara dan Polri.

Perwira yang terkorban |
Dalam sambutan peringatan HUT ini jasa perintis dan pejuang kemerdekaan di daerah ini juga tidak dilupakan. Mereka yang masih hidup dijemput hadir bersama di upacara peringatan ini. Apa lagi mereka akan hadir dengan bangga akan memakai pingat-pingat dan bintang yang diterima.
Sebagai tanda menghormati jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan ini mereka akan duduk di barisan hadapan manakala jendral-jendral lain yang masih berkhidmat berada di belakang baris mereka ini. Ini satu penghormatan yang besar bagi pejuang dan perintis kemerdekaan.
Antara perintis kemerdekaan yang saya sangat sanjung dan kenal baik saya ialah Allahyarham Bapak Mahmud Suwigno dari Pontianak .Pada ketika itu usia beliau telah menjangkau 82 tahun dan telah dikurniakan Allah swt kesihatan dan ingatan yang sangat tajam.Saya kagum dan 'salute' orang ini. Mendengar cerita perjuangannya dan pengorbanan beliau membuat kita teruja dan sepatut menghormati insan sebegini yang melalui segalapahit manis dalam merampas kembali tanahair tercinta dari gengaman penjajah Belanda.
Bersama YDH Bapak Mahmud Suwigno (1983) |
Makam Pahlawan, Ponyianak |
Bagi kita memang sukar bagi menandingi apa yang dilakukan oleh pemerintah Indonesia ini sebab keadaan dari sudut mencapai kemerdekaan. Kita mencapai kemerdekaan dengan cara rundingan dengan pihak British manakala bagi Indonesia mereka menentang Belanda bertahun-tahun dengan mengalir darah dibumi Indonesia. Mereka mempunyai makam pahlawan dan kita tidak mempunyai makam sedemikian.
Mereka mengadakan 'peringatan' HUT tetapi di Malaysia kita pula adakan 'perayaan' Hari Kemerdakaan. Perayaan kita berunsur hiburan tapi berlainan di seberang sana. Bagi kita malam 30 Ogos adalah malam berhibur dan bersukaria. Bagi Indonesia malam 16 Ogos malam yang khusus mengenang mereka yang terkorban dan merupakan malam keramat.
Di Malaysia keesokan hari diadakan upacara naikkan bendera Jalur Gemilang dan lintas lalu. Saya juga pernah menghadiri pembarisan Hari Kemerdekaan kita namun perasan disanubari jauh berbeza dengan perasaan yang dialami semasa berdiri di makan Pahlawan amupun di upacara naik bendera di Kalimantan Barat.
Apakah perlu diubah konsep kita sekarang? Apakah tiidak wajar untuk kita adakan upacara yang akan memberi kesan cintakan negara serta kenang jasa mereka yang telah terkorban dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapa dikalangan semuai.
Komunis telah mengancam negara kita sehinggag mengugat kemerdekaan.Saya terkenang rakan sepasukan saya dan yang lain yang terkorban akibat menentang pengganas komunis demi kemerdekaan dan kedaulatan rakyat.
Menghadiri peringatan HUT Republik Indonesia pada saya adalah satu pengalaman yang sangat luar biasa. Oleh itu sekiranya anda berada di Indonesia pada tanggal 16 dan 17 Ogos cubalah saksikan peringatan ini jika kesempatan dan rasailah sendiri apa yang saya katakan.. Apa mungkin disebabkan saya seorang ahli pasukan Polis DiRaja Malaysia maka jelas perasaan saya akan tersentuh. Saya fikir tidak, bagi semua yang mempunyai perasaan dan dapat timbang keadaan yang dihadapi sudah pasti akan merasai kesan yang sama.
Di sini kita acara kemerdekaan kategorikan sebagai perayaan hari kemerdekaan tetapi bagi Indonesia dikatakan sebagai peringatan Hari Ulang Tahun. Mana satu yang betul daa! Saya biar anda yang menentukan.
Akhir kata saya berdoa kehadrat Allah swt agar selamatkan Malaysia yang kita cintai ini dan kuatkanlah iman pemimpin-pemimpin negara kita agar dapat menerajui negara ini kearah kemajuan dan keamanan serta bertamadun dan tidak terceremus ke kancah kebinasaan danhuru hara.
Amin
Kepada jiran kita di ucapkan "Selamat menyambut Peringatan HUT .

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 54
No comments:
Post a Comment